[VIDEO] Lelaki mengamuk atas lori kontena

[VIDEO] Lelaki mengamuk atas lori kontena

[VIDEO] Lelaki mengamuk atas lori kontena. Suasana di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru 4 di sini, gempar apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk atas sebuah lori kontena hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.58 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan dikatakan menjerit sambil memegang sesuatu objek di atas kenderaan tersebut.

Keadaan itu memaksa orang awam bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan lanjut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.07 pagi.

Katanya, sepasukan 12 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikerah dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, anggota kita segera meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut. Ia bagi membantu memudahkan polis untuk menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norazam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.29 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Polis berjaya menangkap lelaki itu dengan bantuan bomba. Lelaki tersebut kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai mengamuk hingga menimbulkan kegusaran orang awam yang berada berdekatan premis perniagaan di kawasan itu.

 

Lelaki tersebut kemudian berjaya ditahan selepas berada di atas jentera bomba yang berada di lokasi kejadian.

Baca Lagi:

Nahas pesawat angkara dua Pilot bertaruh mendarat dengan menutup mata

Mysejahtera mungkin akan digunakan untuk mudahkan derma organ

Ubat Antiviral untuk pesakit Covid-19 berisiko tinggi

CATEGORIES