Pramugari terselamat jatuh dari ketinggian 33,000 kaki tanpa payung terjun, cipta rekod dunia

Pramugari terselamat jatuh dari ketinggian 33,000 kaki tanpa payung terjun, cipta rekod dunia. Seorang pramugari warga Serbia, bernama Vesna Vulović merupakan pemegang rekod dunia dalam catatan Guinness World Record kerana terselamat selepas jatuh dari ketinggian paling tinggi tanpa bantuan payung terjun.

Pada 26 Januari 1972, pesawat yang dinaiki Vesna Vulović telah terlibat dalam sebuah nahas akibat letupan bom dipasang secara tersembunyi oleh pengganas. Hanya dia seorang satu-satunya mangsa yang terselamat. Sejak dari peristiwa itu, Vesna Vulović terkenal kerana terselamat selepas jatuh dari ketinggian 33,000 kaki tanpa menggunakan payung terjun.

Vesna Vulović dilahirkan pada 3 Januari 1950. Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan dan juga jurulatih kecergasan. Ketika menamatkan pengajian tahun akhir di kolej, Vesna Vulović sering melancong ke United kingdom untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, terutama kerana dia sangat menggemari kumpulan muzik terkenal The Beatles.

Pramugari terselamat jatuh dari ketinggian 33,000 kaki tanpa payung terjun, cipta rekod dunia

Pada peringkat awal, Vesna Vulović tinggal bersama keluarga rakannya di Newbury, England, namun dia teringin sangat mahu berpindah ke London dan menjelajah kota yang sering didengarinya sebelum itu. Ketika berada di London, Vesna Vulović mula bersahabat dengan seorang rakan yang akhirnya mencadangkan supaya dia berpindah ke Stockholm.

Ketika Vesna Vulović memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia ketika itu tinggal di ibu kota Sweden, dalam fikiran mereka hanya terbayang tentang dadah dan seks, justeru mengarahkan anak gadisnya itu supaya segera pulang. Ketika di Belgrade, Vesna Vulović mengambil keputusan untuk menjadi seorang pramugari selepas tertarik melihat rakannya kelihatan begitu anggun memakai seragam kakitangan pesawat.

Kerjaya singkat sebagai pramugari

Vesna Vulović telah menyertai JAT, sebuah syarikat penerbangan terbesar di Yugoslavia pada tahun 1971. Setahun kemudian dia telah ditugaskan dalam pesawat JAT Flight 367 yang melakukan penerbangan dari Stockholm ke Belgrade.

Pesawat itu melakukan persinggahan di Copenhagen dan Zagreb. Namun tidak lama kemudian namanya dikatakan tiada dalam jadual penerbangan Flight 367. Rupa-rupanya pihak syarikat tersilap meletakkan Vesna Vulović yang sepatutnya diisi oleh seorang lagi pramugari bernama Vesna.

Meskipun begitu, Vesna Vulović berasa sangat teruja kerana itu merupakan kali pertama dia dapat melancong ke Denmark. Pesawat berkenaan telah mendarat di Copenhagen pada pagi 25 Januari 1972, Vesna Vulović dan semua anak kapal menghabiskan sepanjang masa tengah hari dan pagi berikutnya untuk berbelanja dan bersiar-siar.

Pada waktu tengah hari 26 Januari 1972, mereka telah berlepas dari Denmark. Namun sekitar 46 minit kemudian pada jam 4:01 pm, berlaku sebuah letupan yang telah memusnahkan tempat simpanan bagasi di mana sebuah beg mengandungi bom telah meletup. Pesawat dinaiki oleh Vesna Vulović telah berkecai di ruang udara kampung Czechoslovak dalam daerah Srbská Kamenice.

Keajaiban

Dalam kejadian itu hanya Vesna Vulović satu-satunya individu terselamat daripada sejumlah 28 orang penumpang dan anak kapal dalam pesawat berkenaan. Susulan nahas tersebut, dia mengalami koma selama berhari-hari, akibat mengalami keretakan tengkorak dan pelbagai pendarahan. Selain kecederaan di bahagian kepala dia juga mengalami patah di tiga bahagian tulang belakangnya, patah tulang kaki, remuk tulang pelvis, dan beberapa tulang rusuknya turut patah.

Vesna Vulović langsung tidak dapat mengingat kejadian nahas yang dialaminya. Ingatan terakhir yang dapat diimbas hanyalah ketika dia menyapa para penumpang sebelum pesawat berlepas. Seterusnya dia hanya menyedari dirinya sudah berada di hospital.

Selepas 16 bulan menjalani rawatan, kali pertama di hospital Prague dan seterusnya di Belgrade, Vesna Vulović telah diterbangkan ke Montenegro untuk menjalani pemulihan di sebuah resort di tepi pantai. Dia juga telah menjalani beberapa pembedahan untuk memulihkan pergerakan, dan akhirnya Vesna Vulović mampu berjalan semula meskipun sedikit tempang.

Baca lagi: 

Angkara Rusia serang Ukraine, kucing Rusia pula jadi mangsa

[VIDEO] Askar Rusia menangis bercakap dengan ibu selepas serah diri

AS ‘kecut perut’ dengan Rusia, batalkan ujian peluru berpandu

Leave a Reply

Your email address will not be published.