Lelaki  kahwini pasangan kembar tiga serentak selepas ‘dilamar’

Lelaki kahwini pasangan kembar tiga serentak selepas ‘dilamar’

Lelaki kahwini pasangan kembar tiga serentak selepas ‘dilamar’. Seorang lelaki di Republik Demokratik Congo bertindak mengahwini pasangan adik-beradik kembar tiga secara serentak selepas mengakui jatuh cinta kepada mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Luwizo, 32, dia membuat keputusan sukar itu selepas ‘dilamar’ oleh ketiga-tiga wanita berkenaan untuk mengahwini mereka.

Lelaki kahwini pasangan kembar tiga serentak selepas ‘dilamar’

“Saya menuruti permintaan itu kerana mereka merupakan kembar tiga. Ia bukan satu keputusan yang mudah kerana sehingga sekarang, ibu bapa saya masih tidak memahami apa yang saya lakukan ini,” katanya.

Tambah Luwizo, dia pada mulanya telah jatuh cinta dengan salah seorang daripada kembar seiras tersebut, Natalie selepas berkenalan di media sosial.

Lelaki kahwini pasangan kembar tiga serentak selepas ‘dilamar’

“Saya tidak dapat menolak kecantikannya. Apabila kami bertemu, kami sering berpelukan dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin,” ujarnya.

Lelaki kahwini pasangan kembar tiga serentak selepas ‘dilamar’

Sementara itu, menurut salah seorang daripada kembar bernama Natasha, Natalie dan Nadege itu, Luwizo terkejut apabila diminta mengahwini ketiga-tiga mereka selepas menjalinkan hubungan cinta dengan Natalie.

“Namun, disebabkan dia telah jatuh cinta kepada kami bertiga, tiada yang mampu menghalang perkahwinan ini kerana kami juga mencintainya,” katanya.

Baca lagi: 

Netizen terkejut ibu Tangmo terima wang sebanyak RM3.8 juta dan memaafkan 2 pesalah kes bunuh anaknya

Doktor paling sempoi, minta ubat batuk sekali dapat bunga cengkih

Tak booster, tak boleh masuk stadium

CATEGORIES
TAGS