Jeneral perang Rusia dibunuh Sniper di Ukraine

Jeneral perang Rusia dibunuh Sniper di Ukraine

Jeneral perang Rusia dibunuh Sniper di Ukraine. Seorang jeneral perang kanan Rusia dilaporkan ditembak mati oleh penembak tepat Ukraine semasa pertempuran di lapangan terbang Hostomel Airfield yang terletak kira-kira 48.2 kilometer dari bandar raya Kiev, lapor akhbar The Sun semalam.

Mejar Jeneral Andrei Sukhovetsky merupakan pegawai paling kanan tentera Rusia yang terkorban sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

320BB884 A7F2 4C74 A381 43A405A656B8

Kematiannya diumumkan oleh sebuah kumpulan veteran perang Rusia semalam serta rakan sepasukannya, Sergey Chipilyov di laman media sosial.

Sumber tentera turut mengesahkan bahawa beliau terbunuh akibat terkena tembakan penembak tepat.

Kematian Sukhovetsky dilaporkan berkemungkinan punca tentera Rusia gagal menawan lapangan terbang itu selain serangan terhadap Kiev dihentikan.

Sementara itu, Putin turut mengesahkan kematian Sukhovetsky selain Kremlin memberitahu bahawa seramai 498 askar Rusia telah terkorban dalam peperangan tersebut, manakala lebih 1,500 lagi cedera.

Baca lagi: 

Angkara Rusia serang Ukraine, kucing Rusia pula jadi mangsa

Lelaki Ukraine tenggelamkan kapal layar mewah berharga RM28 juta milik ‘BOS’ nya

Tentera Ukraine tidak mampu berhadapan serangan Rusia, banduan dikerah ke barisan hadapan

CATEGORIES
TAGS