Pil molnupiravir untuk pesakit Covid-19 gejala ringan

Pil molnupiravir untuk pesakit Covid-19 gejala ringan

Pil molnupiravir untuk pesakit Covid-19 gejala ringan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan penggunaan pil anti-Covid-19 bagi pesakit yang mempunyai gejala ringan dan berisiko tinggi untuk dimasukkan ke hospital.

Golongan pesakit itu termasuk orang dewasa dan individu yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pil molnupiravir keluaran syarikat farmaseutikal Merck & Co, harus diambil segera selepas gejala Covid-19 berkembang dan kemudian untuk lima hari berikutnya berdasarkan garis panduan pakar kesihatan.

Sekumpulan pakar WHO menerusi kenyataan diterbitkan Jurnal Perubatan British memaklumkan individu yang mempunyai imun lemah atau penyakit kronik juga disyorkan untuk mengambil pil tersebut sekiranya tidak menghidap jangkitan Covid-19 teruk.

Bagaimanapun, jelas WHO, pesakit muda dan sihat termasuk kanak-kanak serta wanita hamil dan menyusu tidak harus mengambil pil tersebut kerana boleh mengundang bahaya.

Saranan agensi kesihatan antarabangsa itu berdasarkan hasil keputusan enam ujian klinikal rawak membabitkan seramai 4,796 pesakit, yang dianggap sebagai ‘set data paling besar untuk ubat tersebut setakat ini’.

Ujian klinikal itu juga menunjukkan pil molnupiravir berupaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital, dengan kurang daripada 43 kemasukan bagi setiap 1,000 pesakit berisiko tinggi.

Pil anti-Covid-19 itu juga dilaporkan mampu mempercepatkan kadar gejala hilang secara purata selama 3.4 hari.

“Bagaimanapun, tiada banyak petunjuk menyatakan pil itu mempunyai kesan terhadap kematian, dengan hanya kurang daripada enam kes bagi setiap 1,000 pesakit direkodkan,” jelas laporan itu.

Baca Lagi:

Maszlee dedah dipecat Bersatu kerana enggan bersekongkol dengan ‘ Langkah Sheraton’

Ramai yang tak tahu dengan ‘Meter Minyak E’ berapa kilometer anda boleh pergi

Lelaki ini dicari ambil duit pakcik, baik pulangkan muka dah viral ni bang

CATEGORIES
TAGS