Maszlee dedah dipecat Bersatu kerana enggan bersekongkol dengan ‘ Langkah Sheraton’

Maszlee dedah dipecat Bersatu kerana enggan bersekongkol dengan ‘ Langkah Sheraton’

Maszlee dedah dipecat Bersatu kerana enggan bersekongkol dengan ‘ Langkah Sheraton’. Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Maszlee Malik mendedahkan beliau telah dipecat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana setia dengan pengundinya.

Dakwa Maszlee, beliau enggan bersekongkol dengan segelintir pimpinan Bersatu yang turut terlibat dengan ‘Langkah Sheraton’ bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada masa itu.

“Saya ada amanah dengan pengundi yang mengundi saya kerana kerajaan PH. Saya telah dipecat dari parti Bersatu kerana saya kekal dengan amanah yang telah diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan kepada saya,” katanya dengan penuh emosi.

Maszlee berkata demikian ketika ceramah umum bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bilik Gerakan DUN Layang-Layang di sini malam tadi.

Maszlee yang sebelum ini merupakan seorang pensyarah menyertai Bersatu dan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Parlimen Simpang Renggam.

Beliau pernah menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan susulan beberapa kontroversi.

Maszlee dipecat dari Bersatu pada Mei tahun lalu susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada PH.

Bagaimanapun Maszlee kekal sebagai Ahli Parlimen bebas hampir setahun selepas beberapa bulan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Dalam pada itu, ketika ceramah kata Anwar, Maszlee telah diletakkan di DUN Layang-Layang oleh PKR walaupun dia sudah bergelar Ahli Parlimen kerana ada sebab tertentu bagi pemilihan itu.

Namun, Maszlee tetap menafikan beliau adalah pilihan sebagai calon Menteri Besar jika PH berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Baca lagi:

Guru pondok dibunuh, gara-gara rampas telefon pelajar umur 15 tahun

Beku akaun pelanggan, CIMB Bank diheret ke Mahkamah

Berapa banyak senjata nuklear yang Rusia ada?

CATEGORIES
TAGS