Semakin berani, warga asing tepuk punggung ibu tunggal

Semakin berani, warga asing tepuk punggung ibu tunggal

Semakin berani, warga asing tepuk punggung ibu tunggal. Seorang lelaki warga Bangladesh dicekup gara-gara tindakannya mencabul pekerja wanita dalam kejadian di sebuah gudang di Telok Gong, Klang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 29 tahun sedang melakukan kerja.

“Penyelia gudang itu kemudian secara tiba-tiba telah bertindak menepuk punggung mangsa yang juga merupakan ibu tunggal.

“Tersentak dengan tindakan lelaki warga Bangladesh itu, mangsa telah membuat satu laporan polis,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Khamis.

Menurut beliau, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Klang Selatan yang diketuai Inspektor Khairul Shahril Azmam telah menahan suspek di gudang terbabit kira-kira jam 11 malam, pada hari yang sama.

Jelasnya, suspek berusia 35 tahun itu kini direman di bawah Akta Imigresen.

“Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Baca lagi: 

Jangan bagi 2 benda ini kepada anak lelaki selagi belum umur 17 tahun !

[VIDEO] Kisah seorang Pendeta Yahudi menerima hidayah memeluk islam

Jika keluar 4 tanda ini, bermakna WhatsApp anda telah di ‘block’ sesesorang

 

CATEGORIES
TAGS