Jika keluar 4 tanda ini, bermakna WhatsApp anda telah di ‘block’ sesesorang

Jika keluar 4 tanda ini, bermakna WhatsApp anda telah di ‘block’ sesesorang

Jika keluar 4 tanda ini, bermakna WhatsApp anda telah di ‘block’ sesesorang. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa tiada sebarang respon dari orang yang dihubungi selepas menghantar mesej atau panggilan video atau audio dibuat menerusi aplikasi WhtasApp.

Itu mungkin petanda bahawa mesej yang disampaikan anda itu tidak sampai pada orang yang cuba dihubungi kerana nombor WhatsApp anda telah disekat oleh individu tersebut.

Secara dasarnya, pengguna WhatsApp tidak mengetahui sama ada nombor mereka itu telah disekat oleh seseorang individu.

WhatsApp menyatakan ia adalah privasi bagi pengguna tersebut.

“We have made this intentionally ambiguous in order to protect your privacy when you block someone. Thus, we cannot tell you if you are being blocked by someone else.” WhatsApp

Tetapi pihak WhatsApp ada memberikan panduan kepada penggunanya bagi mengetahui sama ada nombor mereka mungkin disekat oleh pengguna lain.

1. Anda tidak lagi boleh  melihat tanda “dalam talian” (online) atau melihat status “terakhir dilihat hari ini pada” (last seen) kenalan anda itu dalam tetingkap sembang.

Jika keluar 4 tanda ini, bermakna WhatsApp anda telah di 'block' sesesorang

Jika keluar 4 tanda ini, bermakna WhatsApp anda telah di 'block' sesesorang

2. Tidak dapat melihat profail foto terbaru pengguna WhatsApp tersebut.

3. Sebarang mesej yang dihantar kepada kenalan yang telah menyekat anda akan sentiasa menunjukkan satu tanda semak sahaja (mesej dihantar) dan tidak pernah memaparkan tanda semak kedua yang menunjukkan mesej telah diterima oleh individu tersebut.

Jika keluar 4 tanda ini, bermakna WhatsApp anda telah di 'block' sesesorang

4. Sebarang panggilan yang dibuat menerusi WhatsApp ke atas individu yang dihubungi itu tidak diterima oleh individu tersebut. Senang cerita, sebarang panggilan yang anda cuba lakukan tidak akan berjaya.

WhatsApp menyatakan bahawa sekiranya berlaku kesemua tanda di atas, itu bermakna individu yang cuba dihubungi anda itu berkemungkinan besar sudah menyekat nombor WhatsApp anda.

Walaubagaimanapun, WhatsApp memaklumkan masih terdapat kemungkinan lain yang boleh memungkinkan anda disekat oleh pengguna WhatsApp.

Sebagai contoh, kenalan anda mungkin telah menetapkan tetapan privasi mereka untuk menyembunyikan maklumat status terakhir dilihat atau dalam talian.

Atau anda pula mungkin telah menetapkan tetapan privasi anda untuk tidak berkongsi status terakhir dilihat anda.

Jika anda tidak berkongsi status terakhir dilihat, anda tidak dapat melihat status terakhir dilihat kenalan lain.

Baca lagi: 

Putin sembunyi keluarga dalam kubu rahsia ‘Bandar bawah tanah’

Ucapan Menteri Luar Rusia kena boikot, diplomat keluar dewan

Usahawan kongsi ‘Pengajaran’ miliki kereta mewah, beli dulu RM380,000 jual balik hanya RM85,000

CATEGORIES
TAGS