PRN JOHOR: ‘Saya rela diketuk kepala, itu janji saya’ – Ketua MCA

PRN JOHOR: ‘Saya rela diketuk kepala, itu janji saya’ – Ketua MCA

PRN JOHOR: ‘Saya rela diketuk kepala, itu janji saya’ – Ketua MCA. Ketua MCA Pasir Gudang, Tan Tuan Peng rela diketuk kepalanya oleh pengundi Johor Jaya sekiranya calon DUN Johor Jaya N42, Chan San San tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat jika memenangi pilihan raya negeri Johor.

Dia menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan memperkenalkan calon BN DUN N42 Johor Jaya di Kampung Melayu Pandan hari ini.

”Saya berjanji di hadapan tuan tuan, ketuklah kepala saya kalau Chan San San tidak membuat atau melawat kawasan sekiranya menang pilihan raya nanti.

“Saya tak cakap main-main, ketuk lah kepala saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Kampung Melayu Pandan di sini.

Terdahulu dalam ucapannya, dia menempelak janji-janji manis wakil rakyat DAP iaitu Chai Tong yang gagal membuat apa-apa perubahan di Johor Jaya ketika memegang jawatan sebagai exco kerajaan negeri Johor selama 22 bulan.

Tambahnya, semua pembangunan di Johor Jaya terlebih dahulu dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika itu.

“Selama 22 bulan dalam kerajaan Pakatan Harapan dan menjawat jawatan exco mana dia pembangunan yang dibangunkan,” katanya

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Mohamed Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Baca lagi:

Artis Thailand cantik mati tenggelam, netizen dedah kisah sebenar punca kematian

Awang hitam bergaduh guna kapak dan parang, satu pangsapuri cemas

Pesawat terbesar di dunia hancur akibat serangan Rusia di Ukraine

 

CATEGORIES
TAGS