‘Romeo’ India kahwin 27 kali dalam tempoh 43 tahun, bolot harta isteri

‘Romeo’ India kahwin 27 kali dalam tempoh 43 tahun, bolot harta isteri

Romeo’ India kahwin 27 kali dalam tempoh 43 tahun, bolot harta isteri. Seorang lelaki India telah ditangkap kerana didakwa mengahwini sekurang-kurangnya 27 wanita berada dalam tempoh 43 tahun dengan tujuan untuk membolot harta mangsa, lapor akhbar The Indian Express.

Ramesh Chandra Swain, 66, dari negeri Odisha, di timur India, dituduh menipu berpuluh-puluh wanita untuk mengahwini mereka dengan menyamar sebagai doktor yang berjaya atau pegawai kanan Kementerian Kesihatan India.

Ramesh yang hanya mempunyai pendidikan Kelas 10, menggunakan dokumen pengenalan diri palsu untuk meyakinkan mangsanya sebelum membolot sejumlah wang dan aset penting daripada mereka.

Menariknya, kebanyakan wanita yang dikahwininya sejak sedekad lalu adalah berpendidikan tinggi, malah terdiri daripada doktor dan akauntan hinggalah peguam Mahkamah Agung.

Lelaki itu berkahwin buat kali pertama pada 1982 dan mempunyai dua anak lelaki serta seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan tersebut.

Sejak itu, dia dipercayai telah menipu hampir 90 wanita lain, namun hanya sebilangan kecil daripada mereka bersetuju menjadi sebahagian daripada siasatan rasmi.

Ini kerana majoriti yang lain bimbang serta takut akan stigma yang bakal diterima daripada masyarakat.

Penipu yang menggunakan pelbagai nama dan kad identiti palsu itu menyasarkan wanita bujang, kesepian dan meyakinkan mereka untuk memindahkan sejumlah wang dan aset penting ke atas namanya sebelum meninggalkan mereka.

Baca lagi: 

‘Kantoi’ buang sampah ikut tingkap, pemandu Myvi dikecam

Pengawai polis berpangkat Inspektor Dang Wangi tembak diri sendiri

Abang Viva kembali beraksi, misi ke Terengganu bantu mangsa banjir

 

CATEGORIES