Pengawai polis berpangkat Inspektor Dang Wangi tembak diri sendiri

Pengawai polis berpangkat Inspektor Dang Wangi tembak diri sendiri

Pengawai polis berpangkat Inspektor Dang Wangi tembak diri sendiri. Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui meninggal dunia dipercayai menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jalan Selingsing, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.30 petang tadi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 35 tahun adalah seorang pegawai polis yang sedang berkhidmat di IPD Dang Wangi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menembak dirinya sendiri di bahagian kepala menggunakan sepucuk pistol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian bersama pegawai perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa jam 3.59 petang.

“Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Punca kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan polis. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, pihak Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya tampil memberi keterangan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Foo Keat How di talian 012-7461500 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Baca Lagi: 

Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara, letupkan diri halang kemaraan tentera Rusia

Di mana agaknya Presiden Ukraine ini bersembunyi? Sebab jadi buruan ‘nombor satu’ tentera Rusia

‘TMJ Janganlah bersara. ‘Satgi’ saya tak ada saingan’ – Sanusi

 

CATEGORIES
TAGS