Jatuh cinta dengan masakan nasi kandar, warga Jepun buka restoran nasi kandar pertama di Jepun

Jatuh cinta dengan masakan nasi kandar, warga Jepun buka restoran nasi kandar pertama di Jepun

Jatuh cinta dengan masakan nasi kandar, warga Jepun buka restoran nasi kandar pertama di Jepun.  Restoran dengan nama “Zero Two Nasi Kandar Tokyo” dibuka pada Januari dan disebut sebagai restoran nasi kandar pertama di Jepun.

Menariknya, ia dibuka oleh warga Jepun yang hanya dikenali sebagai Tateda, selepas jatuh cinta dengan rasa masakan itu ketika berkunjung ke Malaysia.

Hidangan utama yang disajikan di restoran tersebut ialah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan dengan enam pilihan kari berbeza dan lauk-pauk seperti telur rebus, ayam goreng, udang goreng, sotong, kambing, dan banyak lagi.

Ia juga turut dihidangkan dalam daun pisang serta pinggan plastik berwarna terang, seperti mana ia biasa disajikan di Malaysia.

Jatuh cinta dengan masakan nasi kandar, warga Jepun buka restoran nasi kandar pertama di Jepun

Dekorasi restoran itu dilengkapi mural dengan estetika Malaysia pada dindingnya, yang pastinya membuatkan warga tempatan yang berada di sana lebih merindui kampung halaman.

Tidak sekadar keindahan dekorasi, lebih penting masakannya juga menepati selera apabila orang ramai dilihat berbaris panjang di luar restoran menunggu giliran untuk menjamu selera, malah makanan juga kerap kali habis sebelum tamat waktu perniagaan.

“Terima kasih kerana kerana datang ke restoran kami, makanan habis terjual hari ini!

“Kami minta maaf kepada pelanggan yang merancang untuk datang. Kami tidak sabar untuk berjumpa anda lagi,” tulis mereka di laman Instagram.

Baca Lagi: 

Di mana agaknya Presiden Ukraine ini bersembunyi? Sebab jadi buruan ‘nombor satu’ tentera Rusia

Selepas kecoh isu tak dibenar solat jumaat di Masjid, ini yang terjadi pada Facebook JAIS

SPRM beku aset, akaun bank Rohana Rozhan bekas CEO Astro

 

CATEGORIES