Diplomat Malaysia tinggalkan Kyiv dengan kereta setelah bas sewa tak kunjung tiba

Diplomat Malaysia tinggalkan Kyiv dengan kereta setelah bas sewa tak kunjung tiba.  Diplomat Malaysia melarikan diri dari Kyiv dengan empat buah kereta dan sumber kerajaan didakwa mengadu pemindahan mereka tersekat-sekat kerana Wisma Putra sebelum ini percaya pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tidak akan berlaku.

Menurut South China Morning Post, mereka terdiri daripada lapan rakyat Malaysia dan dua warga asing yang memutuskan untuk melarikan diri selepas bas sewa mereka tidak kunjung tiba.

Kumpulan ini dilaporkan menuju ke Lviv, berhampiran sempadan Poland.

Memetik sumber, pegawai kerajaan berkenaan menyalahkan mereka yang lain dalam kerajaan, termasuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah, kerana sikap meremehkan perisikan Barat pada Januari berhubung pencerobohan Rusia.

Satu sumber memberitahu SCMP bahawa Putrajaya menganggap risikan itu sebagai “naratif Barat”, menyebabkan misi pemindahan itu menjadi “cluster f***”.

“Keadaan ini antaranya akibat seorang menteri yang sangat terdesak untuk tidak terpengaruh dengan naratif Barat, dia mula percaya perkara karut yang dijaja oleh pihak lain,” kata sumber kepada SCMP.

Diplomat Malaysia tinggalkan Kyiv dengan kereta setelah bas sewa tak kunjung tiba

Terdahulu, Ismail, dalam satu kenyataan hari ini mengakui kedutaan Malaysia di Kyiv “pada masa ini sedang melakukan pemindahan”.

Perdana menteri menyifatkan berlaku “peningkatan konflik” di Ukraine dan tidak merujuk situasi itu sebagai “pencerobohan”, tidak seperti beberapa jiran serantau yang mengutuk Rusia secara terang-terangan.

Menurut laporan berita antarabangsa, tentera Rusia bergerak pantas ke Kyiv sejak 48 jam lalu, menyebabkan ada orang awam terkorban.

Rakyat Ukraine yang sihat kini diminta melakukan kerahan tenaga manakala yang lain melarikan diri ke negara jiran.

Baca Lagi:

Kena pedajal dengan member, wanita ini hairan orang ramai hon banyak kali

Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya

Kerajaan lambat bertindak selamatkan rakyat Malaysia di Ukraine

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.