Di mana agaknya Presiden Ukraine ini bersembunyi? Sebab jadi buruan ‘nombor satu’ tentera Rusia

Di mana agaknya Presiden Ukraine ini bersembunyi? Sebab jadi buruan ‘nombor satu’ tentera Rusia

Di mana agaknya Presiden Ukraine ini bersembunyi? Sebab jadi buruan ‘nombor satu’ tentera Rusia.  Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memuat naik video terbaharu memaparkan dirinya berjalan di sekitar jalan di bandar Kyiv, kira-kira pukul 11.40 pagi (waktu tempatan), hari ini.

Lapor BBC, Zelensky dilihat memberanikan diri berada di kawasan terbuka selepas insiden tembak-menembak dan letupan berlarutan malam tadi.

Menerusi video itu, beliau menafikan mengarahkan tenteranya menyerahkan diri.

Beliau sebaliknya menegaskan Ukraine akan mempertahankan diri terhadap pencerobohan Rusia yang sudah memasuki hari ketiga, hari ini.

 

Zelensky turut memberi amaran, tentera Rusia akan terus melancarkan serangan pada waktu tengah malam.

Terdahulu, Rusia bersedia ke meja rundingan jika tentera Ukraine menyerah kalah dan menegaskan pasukan tentera Moscow berusaha membebaskan Kyiv daripada ‘penindasan’ Barat.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan kesediaan menghantar delegasi ke Minsk bagi tujuan rundingan tersebut.

Baca lagi:  

Selepas kecoh isu tak dibenar solat jumaat di Masjid, ini yang terjadi pada Facebook JAIS

DS Vida sudah dapat PA yang di idamkan! Sungguh kacak dan muda

[VIDEO] Wanita luah rasa kecewa, ‘susah betul nak minta bantuan’ bila dah viral baru mengelupur nak tolong!

CATEGORIES