TMJ mahu bersara jika JDT tewas dengan KL City FC malam esok

TMJ mahu bersara jika JDT tewas dengan KL City FC malam esok

TMJ mahu bersara jika JDT tewas dengan KL City FC malam esok.

Perang psikologi perlawanan Piala Sumbangsih antara pendahulu Liga Super 2021, Johor Darul Takzim (JDT) dan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC malam esok memasuki babak seterusnya apabila pemilik skuad Harimau Selatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mahu bersara jika pasukannya tewas kepada skuad The City Boys.

Hal ini bermakna, jika langkah JDT sumbang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor seterusnya tewas kepada KL City FC menyebabkan skuad Harimau Selatan bakal kehilangan ‘bos besar’ mereka.

“Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara,” kata Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik JDT itu sekali gus membuktikan mereka seolah-olah begitu yakin mampu menewaskan KL City FC malam esok.

Terdahulu, Tunku Ismail menerusi satu temubual bersama stesen televisyen swasta sebelum ini juga pernah memberi jaminan bahawa peristiwa pahit pasukan itu kalah 0-2 di tangan KL City pada final Piala Malaysia musim lalu tidak akan berulang lagi.

“Masa lawan Kuala Lumpur, kita kalah di (final) Piala Malaysia 2-0 bukan kerana Kuala Lumpur lebih baik daripada kami, saya boleh jamin. Kalau esok itu juga awak suruh lawan Kuala Lumpur, benda itu tidak akan berlaku dan benda itu tidak akan berlaku lagi.

“Tapi kita buat kesilapan individu, mungkin hilang fokus atau sebagainya dan kita kalah. Memang hari itu orang kata tak ada nasib, empat lima peluang di depan gol masa babak pertama tak masuk, kena tiang dan sebagainya.

“Jadi tiada nasib. Tapi saya tahu yang benda itu tidak akan berlaku lagi dan saya boleh jamin. Ia kerana saya yakin dengan pemain yang ada dalam pasukan ini, bukan nak cakap besar,” katanya. – HM

Baca lagi: 

Aksi polis trafik berjoget dangdut menghiburkan pengguna jalan raya

TERKINI : Letupan berlaku di Kilang Lotte Chemical Titan Pasir Gudang

Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung…

CATEGORIES