Kit ujian kendiri Covid-19 hanya dibenarkan beli dua tiga sahaja

Kit ujian kendiri Covid-19 hanya dibenarkan beli dua tiga sahaja

Kit ujian kendiri Covid-19 hanya dibenarkan beli dua tiga sahaja. Rata-rata peniaga khususnya premis farmasi di sekitar bandar raya ini mengehadkan jualan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19.

Tinjauan di beberapa premis mendapati orang ramai hanya dibenarkan membeli dua atau tiga unit RTK yang dijual pada harga antara RM5.60 dan RM6.90.

Ia masih dijual pada harga murah dan tidak berlaku kenaikan harga, selain bekalan kit itu masih ada di pasaran dan tidak berlaku kehabisan stok.

Difahamkan, langkah mengehadkan jualan kepada pengguna bukan disebabkan kekurangan bekalan, tetapi lebih kepada memastikan orang ramai memiliki kit berkenaan.

Kit ujian kendiri Covid-19 hanya dibenarkan beli dua tiga sahaja

Seorang suri rumah, Halimah Jamaluddin, 51, dari Cenderawasih, di sini, berkata, dia membeli RTK untuk mengetahui tahap kesihatan sekiranya bergejala.

“Bagi saya langkah peniaga mengehadkan jualan kit ini bagus untuk memastikan mereka yang belum ada kit ini, dapat memilikinya di rumah.

“Apabila berasa tidak sihat, kita boleh melakukan ujian di rumah untuk mengetahui tahap kesihatan,” katanya.

Kelmarin, kerajaan memberi jaminan bekalan RTK Antigen Covid-19 mencukupi di seluruh negara termasuk di negeri yang merekodkan kes positif tinggi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, setakat ini terdapat kira-kira 18 juta unit kit ujian untuk menampung keperluan rakyat dan tidak timbul isu kekurangan bekalan di pasaran kerana pemeriksaan dijalankan mendapati ia mencukupi.

Baca lagi:

Muhyiddin tolak cabaran sumpah laknat Zahid

[VIDEO] Rezeki 28 tahun kerja pam minyak Petronas, staf paling lejen dapat hadiah dari tauke pakej ke Umrah

Kisah Nenek tertua di dunia berusia 91 tahun dapat hidayah memeluk Islam

Wanita ini tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi dengan syarat…

CATEGORIES