[VIDEO] Rezeki 28 tahun kerja pam minyak Petronas, staf paling lejen dapat hadiah dari tauke pakej ke Umrah

[VIDEO] Rezeki 28 tahun kerja pam minyak Petronas, staf paling lejen dapat hadiah dari tauke pakej ke Umrah

[VIDEO] Rezeki 28 tahun kerja pam minyak Petronas, staf paling lejen dapat hadiah dari tauke pakej ke Umrah. Setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan ada ‘kemanisan’ dihujung. Begitulah lumrah dalam kehidupan seharian kita termasuk dalam pekerjaan yang kita lakukan hari ini.

Jatuh bangun sesebuah syarikat bergantung kepada pihak pengurusan dan pekerja. Sebenarnya pekerja adalah ‘aset’ penting bagi memastikan pengurusan di dalam sesebuah organisasi berjalan lancar.

Sebenarnya ada sahaja pekerja yang sangat ‘setia’, tak pernah mengeluh sehingga bertahun-tahun dalam melakukan kerja yang sama setiap hari selama 28 tahun.

Ya, seperti kisah seorang pekerja di sebuah stesen minyak Petronas Pendang, Kedah, Sapuan Salleh yang kini berusia 59 tahun dikatakan telah berbakti selama 28 tahun di stesen minyak tersebut.

Hasil daripada itu, pemilik stesen minyak tersebut, Siti Nur dengan berbesar hati memberikan pekerja tersebut pengalaman yang tidak pernah dilupakan bahkan ramai yang mengejar untuk pergi ke sana.

Staff paling Legend di Petronas Pendang. Long Servis Reward “Pakej Umrah” kepada beliau

Pekerja ini dapat merasai peluang berkunjung ke rumah Allah di Makkah. Gembira bercampur sebak kerana dia memiliki majikan yang sangat prihatin dengan pekerjanya yang telah lama berkhidmat ditempatnya.

 

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan ‘reward’ yang Sapuan ini dapat bahkan ada yang berkongsi pengalaman di mana sentiasa menerima layanan daripada pekerja ini sejak mereka muda lagi.

IMG 6950

IMG 6952

IMG 6955

IMG 6951 1

IMG 6953

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Baca lagi: 

 Kisah Nenek tertua di dunia berusia 91 tahun dapat hidayah memeluk Islam

Tak guna, patutlah minyak masak susah dapat..Ini kepala dia buat hal – Netizen

Ini rahsia bilik hotel yang pekerja tidak akan bagitahu kepada ‘guest’

Bahaya hantar emoji ‘love’ di WhatsApp, anda boleh dihukum penjara

 

CATEGORIES