[VIDEO] Berang tidak diberi wang untuk beli dadah, lelaki tendang kepala bapa tiri

[VIDEO] Berang tidak diberi wang untuk beli dadah, lelaki tendang kepala bapa tiri

[VIDEO] Berang tidak diberi wang, lelaki tendang kepala bapa tiri. Lelaki berang hingga memukul dan menendang bapa tirinya di muka serta dada selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

Lelaki berusia 30 tahun yang tidak bekerja itu dikatakan bertindak demikian ketika berada di rumah keluarganya di Kampung Ruat, di sini, dalam kejadian pada 8.30 pagi hari ini.

Lelaki itu bertindak memukul dan menendang sebanyak dua kali di dada dan muka bapa tirinya yang berusia 71 tahun itu sambil disaksikan ibunya.

Video kejadian itu berdurasi 30 saat tular di media sosial hari ini, dengan aksi lelaki terbabit tanpa belas ihsan bertindak di luar kawalan terhadap bapa tirinya hingga menyebabkan ibunya meminta orang kampung melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Baca lagi:  Cara cuci barang kemas nak nampak berkilat macam baru beli, hanya guna teh pekat saja…

Menurutnya, berdasarkan maklumat didapati anak tiri mangsa adalah seorang penagih dadah tegar dan dilaporkan sering memukul warga emas terbabit sekiranya enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli dadah.

“Mangsa yang mengalami sakit di dada dan muka kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di pekarangan rumah pasangan warga emas terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahnaz berkata, suspek kemudiannya ditahan pada 6.45 petang di kawasan Lubuk Boidi sini, dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dilakukan.

Baca lagi: Kisah kucing comel selalu bantu pelancong sesat di kawasan pergunungan

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek adalah seorang pesakit mental dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental yang disahkan oleh isteri mangsa.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

CATEGORIES