[VIDEO] Pengarah Urusan Mydin pergi Mydin nak beli telur, telur habis

[VIDEO] Pengarah Urusan Mydin pergi Mydin nak beli telur, telur habis

Pengarah Urusan Mydin pergi Mydin nak beli telur, telur habis. Sejak kebelakangan ini, isu peningkatan harga bahan mentah serta bekalan yang tidak mencukupi menjadi bualan hangat pengguna media sosial.

Kemarin, tular sebuah video memaparkan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding, Datuk Ameer Ali Mydin sedang menunjukkan reaksi mencari-cari telur ayam dengan berlatar belakangkan rak yang kosong.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram Mydin Malaysia, gelagat pemilik rangkaian pasaraya besar itu berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Baca lagi:  Isteri musykil dua minggu rumah bau petai

 

Baca lagi:  Naikkan harga telur atau telur akan tiada di bulan Ramadhan

Video tersebut turut disertakan sekali kapsyen ringkas yang menggambarkan situasi semasa di pasaraya itu.

“Pergi Mydin nak beli telur, telur habis,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meninggalkan pelbagai reaksi berhubung video tersebut.

“Comel la Datuk, rak belakang pun kosong, jenuh nak mencari telur ayam,” kata @Akmal 2007.

“Ayam mogok la Datuk, mungkin Datuk kena buka cawangan ladang ayam pula lepas ini untuk sentiasa cukup bekalan,” ujar @1000_cities.

Baca lagi:  [VIDEO] Wanita terkejut ‘Pak Guard’ cerobah rumah, siap cas telefon

CATEGORIES
TAGS