Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 bagi pembelian ujian pengesanan Covid-19 – LHDN

Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 bagi pembelian ujian pengesanan Covid-19 – LHDN. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 bagi pembelian ujian pengesanan Covid-19

Menerusi laman web LHDN, rakyat Malaysia dengan gaji tahunan sebanyak RM34,000 kebawah akan menikmati pelepasan cukai tersebut secara one-off dan beberapa manfaat lain.

“Pelepasan cukai ujian pengesanan Covid-19 itu termasuk pembelian kit ujian kendiri keatas diri sendiri, pasangan suami isteri dan anak-anak.

“Jumlah potongan cukai yang diberikan sehingga RM1,000 bagi tujuan pembelian kit ujian kendiri Covid-19 terbabit,” katanya melalui laman web rasmi.

Baca lagi:  [VIDEO] Pengarah Urusan Mydin pergi Mydin nak beli telur, telur habis

Selain itu, nilai yang sama turut diberikan untuk perbelanjaan mendapatkan suntikan vaksin bagi individu, pasangan suami isteri serta anak.

“Antara jenis vaksin yang layak dibenarkan potongan adalah Covid-19, pneumococcal, human papillomavirus (HPV), influenza, rotavirus, varicella, meningococcal and TDAP combination (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis),” ujarnya.

Dalam pada itu, kerajaan turut memberikan potongan cukai sebanyak RM2,500 untuk pembelian barangan peribadi bagi kegunaan diri sendiri, suami-isteri serta anak.

Baca lagi:  Perlu ke ibu hamil ambil Booster? Ini pencerahan dari doktor !

Ini termasuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, bayaran bil bulanan langganan internet, keahlian untuk fasiliti sukan dan pembelian peralatan sukan.

Pada masa yang sama, LHDN turut memberi potongan sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan bayaran penginapan di premis yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan termasuk bayaran masuk ke tempat tarikan pelancongan.

Katanya, manfaat itu layak bagi mereka yang mengeluarkan perbelanjaan pada atau selepas 1 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Baca lagi:  Seorang ayah sanggup tawarkan durian sebagai ganti untuk membeli mainan anak

Leave a Reply

Your email address will not be published.