Kalau saya kena kompaun saya reda, salah tetap salah – Hishammuddin

Kalau saya kena kompaun saya reda, salah tetap salah – Hishammuddin

“Kalau saya kena kompaun saya reda, kalau ada kesalahan melibatkan SOP saya mengalu-ngalukan. Salah tetap salah.”

Itu reaksi Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengeluarkan kompaun kepada dirinya.

Dalam ciapan yang dikongsi Khairy di lama Twitter juga turut memberitahu, selain Hishamuddin, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, Presiden MIC, Tan Seri Dr A. Vigneswaran serta pemimpin utama yang hadir dan penganjur turut dikenakan kompaun kerana di dapati melanggar Prosuder Operasi Standard (SOP) di Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di sini hari ini.

Kalau saya kena kompaun saya reda, salah tetap salah – Hishammuddin

Khairy dalam ciapan itu juga memberitahu,pihaknya akan terus memantau SOP PRN Johor.

Baca lagi:  Rafizi tunjuk reaksi positif

Hishamuddin yang secara terbuka menerima kompaun terhadapnya memaklumkan apa yang berlaku merupakan luar kawalan.

“Kalau melibatkan diri saya sendiri pun sebab sebelum kita datang kita tidak tahu apa akan berlaku kerana itulah dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini bahawa program politik kalau kelonggaran yang kita beri susah untuk dikawal dan ini akan diambil kira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti bagi menentukan PRN Johor.

Baca lagi:  Naikkan harga telur atau telur akan tiada di bulan Ramadhan

“Tapi bagi diri saya, kalau ada kesalahan melibatkan SOP saya mengalu-alukan. Salah tetap salah.

“Benda itulah saya punya kebimbangan bila kita buat program membenarkan program politik susah mahu dikawal jadi kalau tidak boleh dikawal dan melanggar SOP jadi mereka berdepan dengan kompaun,” katanya ketika ditemui media selepas Pelancaran Briged MIC Johor di sini hari ini.

Baca lagi:  Anwar dedah punca beliau tidak dapat jadi Perdana Menteri…

CATEGORIES