Angkara sikap cuai pemancing, lapan kucing tercekik mata kail

Angkara sikap cuai pemancing, lapan kucing tercekik mata kail

Angkara sikap cuai pemancing, lapan kucing tercekik mata kail. “Dalam tempoh dua tahun, saya sudah jumpa lapan kes kucing jalanan tersangkut mata kail pada lidah akibat termakan keratan ikan umpan yang ditinggalkan kaki pancing sekitar jeti Kampung Pantai Bernas, di sini.

“Haiwan terbabit terpaksa menanggung kesakitan apabila mata kail bersaiz sederhana itu tersangkut pada lidahnya, dan usaha mengeluarkan mata kail berkenaan terpaksa dilakukan dengan mengeluarkan sedikit bayaran,” kata Ros Haliza Roslan, 40.

Angkara sikap cuai pemancing, lapan kucing tercekik mata kail

Beliau yang menetap dekat Kampung Pantai Bernas di sini, berkata setiap kali terjumpa kejadian seumpama itu, dia terpaksa membawa kucing yang cedera bertemu doktor di Klinik Veterinar Daerah Rompin bagi mencabut mata kail yang tersangkut dengan dikenakan bayaran antara RM10 hingga RM20.

Baca lagi:  Dihalang berada di saf hadapan, pemuda luah rasa kesal…

Beliau yang turut memiliki 10 kucing, mengaku menangis setiap kali melihat kucing yang mengalami kecederaan termasuk terkena mata kail, usaha merawat akan dilakukan walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

“Tahun lalu ada lima kes kucing terkena mata kail ditemui dan dalam tempoh dua bulan tahun ini tiga kes sudah dikesan, tidak mustahil kejadian sama terus berulang sekiranya tiada kesedaran dalam kaki pancing.

Baca lagi:  Hadi Usman cipta dapur memasak guna kuasa air

“Perbuatan tidak bertanggungjawab pemancing yang meninggalkan keratan ikan umpan memancing bersama mata kail menjadi punca kejadian itu.

“Tali pancing yang ada pada mata kail keluar dari mulut kucing menjadi tanda haiwan terbabit termakan mata kail,” katanya yang terkilan dengan sikap cuai kaki pancing.

Ros Haliza berkata, pernah berlaku kejadian seorang pemancing bermurah hati memberinya wang RM100 dan meminta dia menghantar seekor kucing yang termakan mata kail memancing ke klinik.

Beliau menambah, proses membuang mata kail pada lidah kucing di klinik mengambil masa antara lima hingga 10 minit, haiwan terbabit terlebih dahulu perlu dibiuskan bagi mengelak ia bertindak menyerang.

Baca lagi:  Penembak tepat Taliban berusia 25 tahun menjadi Datuk Bandar

Tambahnya lagi, jeti Kampung Pantai Bernas menjadi tumpuan pemancing pada hujung minggu, perairan di situ terdapat pelbagai jenis ikan. Jeti berkenaan juga menjadi lokasi pendaratan pemancing laut dalam hampir setiap minggu.

“Saya merayu pemancing di jeti Kampung Pantai Bernas supaya tidak bertindak membuang keratan umpan ikan yang masih terdapat mata kail, perbuatan berkenaan mengundang kecederaan pada kucing yang memakannya.

“Setiap hari saya menyediakan ikan tongkol rebus untuk hidangan kira-kira 23 ekor kucing jalanan di kawasan jeti Kampung Pantai Bernas, ketika memberi makan saya berpeluang melihat kucing yang terkena mata kail untuk diberi rawatan.

Baca lagi:  Kisah disebalik tauke Cina suami isteri bina surau khas untuk pengunjung mall solat

“Saya tidak sanggup melihat haiwan manja itu menanggung kesakitan hingga menyebabkan tidak boleh makan, sebab itu rawatan segera perlu diberikan,” katanya yang menjalankan perniagaan kedai runcit.

Tinjauan di jeti Kampung Pantai Bernas mendapati tempat berkenaan menjadi tumpuan kaki pancing tempatan dan luar daerah ini terutama pada hujung minggu, terdapat dikalangan mereka yang membuang keratan ikan umpan memancing bersama mata kail.

CATEGORIES