[VIDEO] Ular dalam pesawat, penerbangan terpaksa dilencongkan ke Kuching.

[VIDEO] Ular dalam pesawat, penerbangan terpaksa dilencongkan ke Kuching.

[VIDEO] Ular dalam pesawat, penerbangan terpaksa dilencongkan ke Kuching. Satu penerbangan AirAsia ke Tawau dari Kuala Lumpur semalam (Khamis) dilencongkan ke Kuching selepas seekor ular ditemukan dalam pesawat terbabit.

Berdasarkan video yang tular, reptilia itu dilihat bergerak di sebalik panel lampu pesawat.

Ketua pegawai keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling yang mengesahkan insiden berkenaan menerusi satu kenyataan hari ini, menyifatkan kejadian itu sebagai sangat jarang berlaku, namun boleh terjadi kepada mana-mana pesawat.

“Sebaik sahaja kapten penerbangan menyedari perkara itu, beliau telah mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan ke Kuching sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjalankan sanitasi ke atas pesawat berkenaan,” katanya dan menambah bahawa kapten itu telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Keselamatan dan keselesaan penumpang dan kru sentiasa menjadi keutamaan kami. Keselamatan penumpang dan kru tidak akan sama sekali dibiarkan dalam keadaan berisiko,” katanya.

 

Baca lagi:  Ular sebagai teman, seorang gadis cantik usia 14 tahun pelihara 6 ekor ular sawa

Baca lagi: [VIDEO] Kanak-kanak buat ‘live’ jumpa ular sawa tular

Baca lagi:  Kisah Ular dan Itik sebagai pengajaran kepada Pas

CATEGORIES
TAGS