Kerana RM1.00 saya sayang isteri saya…

Kerana RM1.00 saya sayang isteri saya…

Kerana RM1.00 saya sayang isteri saya. Dari bertunang, nikah, sampai ada anak. S A B A R

Dia Sentiasa support masa susah dan senang.

Masa susah tak pernah mengeluh tapi selalu suruh bersabar, takda duit, dia bagi duit dia. Pakailah dulu katanya.

Tak pernah berlawan-lawan dengan kawan dia walaupun kawan dia suami semua kaya kaya.

( Setengah perempuan bila kawan dia suami kaya, mereka beli itu, dia pun nak beli, mereka beli ini, dia pun nak beli ini, itu ini nak berlawan2 dengan sikaya ).

Saya ingat lagi, Masuk kedai bundle RM1 di Kota Damansara pun dia layan, siap borong. Pernah dia keluar dengan kawan2 dia, dia pakai baju Rm1 yang dia beli kat bundle,

Bila kawan dia tanya berapa harga baju, yess, dia bagitahu baju tu Rm1 , tanpa rasa malu dia bagitahu. ( sebab bundle kalau pandai cari, banyak je baju cantik2 walaupun Rm1.00 ).

Kerana RM1.00 saya sayang isteri saya...

Ada orang cakap saya selalu berlanja dia itu ini,

Yaa , sebab saya bersyukur dia sentiasa terima saya seadanya walaupun duit tak berapa nak ada dulu dan dia sentiasa happy kalau saya beli barang dia walaupun barang tu berharga Rm1 untuk sehelai baju bundle. Dia suka, dia pakai, dan dia tak malu.

Dia tak pernah mengeluh kalau dulu dia minta saya sesuatu tapi saya tak dapat nak belikan , dan dia selalu cakap “ insyaAllah satu hari nanti kalau ada rezeki kita belilah “ .

Itu ayat yang saya respect pada dia.

Kalau dia boleh terima kekurangan saya dulu, bersabar walaupun tengah susah, dan alhamdulillah rezeki saya dah tiba untuk cuba penuhi apa yang dia suka, apa yang dia nak.

Ini semua bukan rezeki saya, saya cuma tumpang rezeki isteri dan rezeki anak saya. Kalau kita tak kedekut dengan isteri dan anak, insyaAllah pintu rezeki kita pun luas dibuka.

Baca Juga : Kalau ada RM2 juta bak mai, saya balik Malaysia – Sajat

Amalkan 6 perkara ini untuk menjemput rezeki

Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

Cara nak ‘Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain

Terdedah kepada peranti secara melampau punca kanak-kanak lambat bercakap meningkat

CATEGORIES