TERKINI !!! 10,089 kes baharu Covid-19

TERKINI !!! 10,089 kes baharu Covid-19

TERKINI!!! 10,089 kes baharu Covid-19. Kes baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila 10,089 kes dilaporkan hari ini berbanding 9,117 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,914,220 kes setakat ini.

Beliau berkata, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,549 diikuti Johor (1,582 kes); Sabah (1,285 kes); Kedah (904 kes); Pahang (624 kes); Pulau Pinang (542 kes); Kuala Lumpur (491 kes); Kelantan (471 kes); Negeri Sembilan (464 kes) dan Melaka (457 kes).

Perak pula mencatatkan 321 kes diikuti Terengganu (213 kes); Putrajaya (61 kes); Sarawak (58 kes); Perlis (44 kes) dan Labuan (23 kes).

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

Data harian laman COVIDNOW akan dikemaskini selepas tengah malam.

Baca lagi:  Denmark negara Eropah pertama isytihar merdeka Covid-19

WHO jangka Covid-19 berakhir beberapa bulan lagi

Lelaki lumpuh, bisu pulih selepas terima vaksin Covid-19

CATEGORIES