‘Rayan sudah tiada, pemergiannya diratapi seluruh dunia’

‘Rayan sudah tiada, pemergiannya diratapi seluruh dunia’

‘Rayan sudah tiada, pemergiannya diratapi seluruh dunia’. Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Rayan, yang terjatuh dan terperangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah telaga sejak Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia.

BBC melaporkan, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.

Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ‘mencengkam’ perasaan seluruh negara, dengan ratusan orang berkumpul di perigi itu

‘Rayan sudah tiada, pemergiannya diratapi seluruh dunia’

Kanak-kanak itu terjatuh pada ke dalaman 32 meter dan usaha menyelamat berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlaku tanah runtuh.

“Susulan kemalangan tragis yang mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan,” jelas kenyataan Istana Diraja.

Rakaman pada Khamis lalu dari kamera yang diturunkan ke dalam perigi menunjukkan budak lelaki itu masih hidup dan sedar, tetapi tidak ada maklumat terkini mengenai keadaannya sejak itu.

Di media sosial, tanda pagar #SaveRayan menjadi sohor kini di seluruh negara dan di seluruh dunia.

Baca lagi:  Jatuh Perigi – Misi menyelamatkan RAYYAN sedang dijalankan

CATEGORIES