Kejar motosikal lawan arus, anggota JPJ maut dilanggar

Kejar motosikal lawan arus, anggota JPJ maut dilanggar

Kejar motosikal lawan arus, anggota JPJ maut dilanggar. Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia akibat kemalangan di kilometer (km) 13 Lingkaran Karak berhampiran sebuah stesen minyak menghala Plaza Tol Gombak di sini pada Ahad.

Mangsa dikatakan cuba mengejar sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki yang bertindak melarikan diri dari sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak dengan menunggang secara melawan arus di laluan tersebut.

Difahamkan sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas di laluan tersebut sebelum dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak sekitar jam 9.30 pagi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu oleh seorang lelaki warga asing.

Baca lagi:  Cara nak ‘ Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain

Jalinan kasih nenek, dua cucu berlainan agama tetap utuh

Wanita cantik mengandung tujuh minggu maut akibat terbelit rambut sendiri

CATEGORIES