Jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia banjir

Jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia banjir

Jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia banjir . Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di sini yang dikatakan struktur jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia mengalami banjir kilat apabila digenangi air dalam kejadian hujan lebat petang tadi.

Video kejadian itu dikongsi pengguna jalan raya yang memaparkan air bertakung hampir 0.5 meter pada sebagian jalan tersebut.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh, air segera surut selepas pasukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia banjir

Jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia banjir

Tangkap layar video tular kejadian air bertakung di Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di George Town hari ini.

“Kejadian itu disebabkan longkang tersumbat kerana lubangnya ditutup oleh daun kering dan sampah.

“Masalah itu telah berjaya diselesaikan dan air telah surut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jalan yang menelan kos pembinaan RM378 juta itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada 13 Januari lalu setelah mengambil masa enam tahun pembinaan.

Ia dikatakan jalan raya tertinggi di negara ini apabila dibina di atas tiang setinggi 61.5 meter dan mengalahkan ketinggian Lebuh Raya Rawang-Serendah (Rawang Bypass) yang setinggi 58.2 m.

Baca Juga : Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi – KJ

Saya makan tisu cicah kuah roti canai orang, isteri saya pun tak tahu – Datuk Ac Mizal

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Mana lebih utama, solat awal waktu sendirian atau lewat tapi berjemaah?

CATEGORIES
TAGS