Pas sudah gila talak – Khaled Nordin

Pas sudah gila talak – Khaled Nordin

Pas sudah gila talak. UMNO tidak seharusnya melayan karenah Pas yang dilihat sebagai ‘gila talak’ sebaliknya memberi tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keutamaan mesti diberikan untuk meraih sokongan masyarakat majmuk Johor yang akan menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakan-rakan UMNO dalam BN mesti memahami ini bahawa kemenangan mereka tidak lagi boleh disandarkan kepada UMNO semata-mata.

Tambahnya, mereka mesti tampil meyakinkan pengundi bukan Melayu bahawa BN mesti dikembalikan semula sebagai Kerajaan.

“Meningkatkan sokongan bukan Melayu mesti menjadi strategi paling penting. Pertama, kita mesti kembali kepada formula politik berkongsi kuasa dalam semangat perkongsian yang tulen.

“Bukan hanya melantik seorang dua wakil bukan Melayu dalam Kerajaan sebagai gambaran sebuah kerajaan yang inklusif.

“Keterangkuman mesti bersandarkan hasrat yang tulen dan murni, bukan pementasan wayang yang olok-olok,” katanya dalam kenyataan hari ini

Baca lagi:  Bila kita tekan butang, dia marah – Mohamad Hasan

Kisah Ular dan Itik sebagai pengajaran kepada Pas

Kalaulah pesanan Tuan Guru Nik Aziz sentiasa diingati…..

CATEGORIES
TAGS