Muhyiddin jangan emosi sangat, saya bukan keluar agama – Mazlan

Muhyiddin jangan emosi sangat, saya bukan keluar agama. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta agar tidak terlalu bersikap emosional dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang keluar meninggalkan Bersatu.

Bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang berkata, hal itu kerana tindakan keluar parti oleh seseorang ahli politik itu adalah satu perkara biasa dan Muhyiddin sendiri pernah melakukan perkara serupa sebelum ini.

“Janganlah emosional sangat, saya bukannya keluar agama, saya keluar parti dan ini perkara biasa dalam Malaysia. Yang awak ni ‘pancing’ orang UMNO berduyun-duyun dan masuk dalam Bersatu itu tindakan bermoral ke?

Muhyiddin jangan emosi sangat, saya bukan keluar agama

“Habis tu Abah, Ketua Bahagian (UMNO) masuk Bersatu dan adakah tindakan saya tidak bermoral?” Soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mazlan, seseorang sepatutnya semakin berpolitik secara matang setelah semakin berusia, bukan sebaliknya.

“Kalau tindakan saya tidak bermoral, awak lagi tidak bermoral. Jadi sebelum kata-kata yang tidak manis itu berfikirlah banyak kali. Dah tua-tua berpolitik ini kena matang,” ujarnya.

Pada 27 Januari lalu, Muhyiddin mempersoal tindakan dan maruah Mazlan yang mengumumkan keluar Bersatu sedangkan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket Bersatu.

Terdahulu, Mazlan mengumumkan beliau keluar Bersatu berkuat kuasa serta merta bersama 23 individu lain termasuklah yang memegang jawatan sebagai ketua cawangan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau sebelum ini.

Mazlan dilaporkan berkata, tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa ini namun akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Beberapa hari selepas itu, bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad turut membuat pengumuman keluar Bersatu serta-merta atas alasan hilang kepercayaan terhadap hala tuju parti dan kepemimpinan Muhyiddin. – UTUSAN

Baca lagi:  Mana maruah Mazlan, boleh jadi dia tahu tak jadi calon – Muhyiddin

Mazlan Bujang keluar Bersatu, sokong Hasni jadi MB

Leave a Reply

Your email address will not be published.