PRN Johor: Muhyiddin Dicabar Jadi ‘Poster Boy’ Guna Slogan ‘Abah Sayang Johor’

PRN Johor: Muhyiddin Dicabar Jadi ‘Poster Boy’ Guna Slogan ‘Abah Sayang Johor’

PRN Johor: Muhyiddin Dicabar Jadi ‘Poster Boy’ Guna Slogan ‘Abah Sayang Johor’. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi poster boy pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak.

Katanya, ini kerana PN melakukan strategi tersebut di Melaka meskipun keputusan PRN tidak menyebelahi mereka.

“Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal jadi ‘poster boy’ PN di PRN Johor. Tolong guna slogan sama macam di Melaka ‘Abah sayang Johor’. Masa enam bulan pertama jadi Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin dan pengampunya mendakwa dia adalah Perdana Menteri paling popular.

“Rupanya selepas 17 bulan, ‘Abahku’ hilang jawatan PM. Dia ‘PM Gagal”. Nyawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terletak pada Muhyiddin. Ada ‘Abahku’ adalah Bersatu. PRN Johor adalah medan hidup mati parti itu.

PRN Johor: Muhyiddin Dicabar Jadi ‘Poster Boy’ Guna Slogan ‘Abah Sayang Johor’

Ia beban berat kepada ‘Abahku’.

“Semoga ‘Abahku’ tidak menyesal kerana tubuh Bersatu dan cuba bunuh UMNO. Dia patut kesal dan malu kerana kalah dengan ahli akar umbi UMNO yang kental setia dengan UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu menerusi hantaran berbeza turut menyanggah dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang tidak relevan dan sepatutnya digantikan dengan PN.

Jelas Puad lagi, kenyataan Abdul Hadi itu tidak berasas sedangkan ketika di Melaka UMNO menang dengan majoriti tiga perempat, MCA dua kerusi dan MIC satu kerusi

“Di PRN Johor, dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari Bersatu iaitu Setia Wangsa dan Larkin keluar parti. Kedua-duanya exco dan menang di Pilihan Raya Umum ke-14 kerana sokongan undi Cina. Di Puteri Wangsa, pengundi Cina 60 peratus

“Kali ini mereka tidak yakin pengundi Cina akan sokong Bersatu. Sebab itu Muhyiddin tidak berani pertahankan BukitGambir dengan undi Cina 30 peratus. Maka relevankah Bersatu dan PN?

“Bersatu didokong ramai katak. Banyak katak ini patah kaki. Makin ramai akan keluar parti PAS juga akan patah kaki. PAS akan pecah rekod. Parti paling banyak keluar masuk gabungan politik,” katanya.

Baca lagi:

Dongeng itik patah kaki dengan berudu

Kisah Ular dan Itik sebagai pengajaran kepada Pas

 

CATEGORIES
TAGS