Menteri Hong Kong letak jawatan berparti semasa Covid-19

Menteri Hong Kong letak jawatan berparti semasa Covid-19

Menteri Hong Kong letak jawatan berparti semasa Covid-19. Seorang menteri kabinet Hong Kong meletak jawatan hari ini kerana menghadiri sebuah parti hari jadi bersama berpuluh-puluh pegawai dan wakil rakyat, beberapa hari selepas pentadbiran bandar raya berkenaan menggesa orang ramai mengelak berhimpun beramai-ramai dalam usaha memerangi wabak koronavirus.

“Saya telah menyerahkan surat peletakan saya kepada Ketua Eksekutif dan akan berundur daripada jawatan saya hari ini.

“Sebagai salah seorang pegawai kanan yang menerajui perang melawan pandemik, saya tidak memberikan contoh terbaik,” kata Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri, Caspar Tsui dalam satu kenyataan.

Peletakan jawatan Tsui memberi tamparan kepada pentadbiran pimpinan Ketua Eksekutif, Carrie Lam yang berdepan demonstrasi prodemokrasi besar-besaran dan operasi membanteras penentang yang menggemparkan Hong Kong.

Menteri Hong Kong letak jawatan berparti semasa Covid-19

Parti hari jadi pada 3 Januari lalu di sebuah restoran tapas itu adalah bagi meraikan Whitman Hung yang merupakan anggota badan penggubal undang-undang China. Ia memalukan Lam ketika pentadbirannya melaksanakan dasar sifar Covid sama seperti Beijing.

Parti itu terbongkar selepas pihak berkuasa menjejaki seorang yang dijangkiti Covid-19 di majlis tersebut.

Antara lebih 200 tetamu yang hadir termasuk lebih 12 pegawai kanan termasuk daripada polis Hong Kong, jabatan antirasuah dan imigresen di samping 20 wakil rakyat.

Walaupun parti itu tidak melanggar undang-undang Hong Kong ketika itu, ketua jabatan kesihatan memberi amaran supaya orang ramai mengelak daripada berkumpul tiga hari sebelumnya.

Tsui, 45, merupakan ahli politik yang sedang meningkat naik daripada parti pro-Beijing terbesar di Hong Kong iaitu DAB.

Baca lagi:

‘Baru disebut-sebut Maszlee calon MB terus ada kes rasuah’ – soal PKR Johor

Lelaki Thai aman sentosa bersama lapan isteri

‘Tungganglah Vellfire, jangan tunggang agama’

CATEGORIES
TAGS