‘Raja Rimba’ putus buah zakar diserang singa betina

‘Raja Rimba’ putus buah zakar diserang singa betina

NAIROBI, Kenya – Seekor singa jantan kehilangan buah zakar akibat diserang sekawan singa betina ketika ia cuba merampas makanan yang sepatutnya dibawa balik kepada anak-anak singa, lapor akhbar Daily Mail  semalam.

Dalam insiden baru-baru ini, singa jantan bernama Mandevo itu cuba merampas daging kerbau yang dibunuh sekawan singa betina tanpa menyedari makanan itu adalah untuk dibawa pulang kepada 11 ekor anak singa.

Berang dengan tindakan Mandevo, kawanan singa betina itu terus menyerang ‘Raja Mergastua’  itu sehingga mengakibatkan kecederaan serius pada  bahagian alat sulitnya.

CA3C09D2 4B5E 4277 9167 605EF2854028

Mandevo dikerumuni sekawan singa betina apabila dia cuba merampas daging kerbau daripada kumpulan itu. – Gren Sowerby/Animal News Agency

Jurugambar hidupan liar, Gren Sowerby, yang kebetulan membuat tinjauan di kawasan berhampiran sempat merakam detik pertarungan tersebut.

“Kejadian berlaku sangat pantas seperti perlumbaan kereta Formula Satu.

“Mandevo hanya mampu terbaring dan menjilat diri sendiri selepas ‘tewas’ dalam perbalahan itu. Saya kemudian menelefon pihak berkuasa bagi membawa Mandevo mendapatkan rawatan,” katanya.

B1274AF4 EF9D 4B89 A4B4 1A31AC664C02

Keadaan Mandevo selepas diserang kawanan singa betina. – Gren Sowerby/Animal News Agency

Menurut Sowerby, renjer hutan telah menghantar Mandevo ke Pusat Gajah Nairobi dan kini sedang menjalani proses pemulihan.

“Meskipun kehilangan satu buah zakar, singa itu berada dalam keadaan baik,” ujar Sowerby. – Agensi

 

 

 

CATEGORIES
TAGS