Ramai tak puas hati Aliff Aziz juara GV8

Ramai tak puas hati Aliff Aziz juara GV8

Ramai tak puas hati Aliff Aziz juara GV8. Nama Nikki sohor kini (trending) dalam Twitter apabila gagal dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian nombor satu tanah air, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Ramai dalam kalangan peminat melahirkan rasa tidak puas hati menerusi gelanggang laman sosial berkenaan apabila keputusan pertandingan seperti sudah dirancang sejak awal pihak penganjur, Astro.

“Apa benda ni? Nampak sangat nak naikkan Aliff. Saya sokong Aliff tetapi keputusan malam tadi sangat ‘obvious’ (jelas). Nikki dan Suki buat persembahan lagi bagus.

“Buat pertama kali saya rasa nak nangis tengok GV. Patutnya Suki atau Nikki tapi kenapa Aliff? Sejujurnya, kecewa dengan keputusan musim tahun ini.”

Kata orang, rumah sudah siap pahat masih berbunyi namun itu luahan rasa kecewa dan tidak puas hati para penonton setia program realiti tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga tidak berpuas hati apabila peserta terbaik peringkat separuh akhir, Aweera ‘terduduk’ di posisi keenam namun memandang positif kekalahan pemilik nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham itu.

“Tahniah. Saya tetap berbangga walaupun Aweera bukan juara GV8 tetapi dia tetap juara di hati peminat.

“Aweera memang terbaik tak sangka dia nombor 6,” ujar seorang netizen dalam Twitter.

Malam tadi, Kosmo! Online melaporkan, peserta yang disebut-sebut sebagai anak emas Astro, Aliff Aziz akhirnya dijulang sebagai juara GV8.

Selepas 10 minggu berentap, penyanyi kelahiran Singapura itu berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang disebut-sebut sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

 

 

CATEGORIES
TAGS