Suami maut ditikam isteri

SEREMBAN – Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam isterinya dalam satu kejadian di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada anak mangsa memaklumkan bapanya telah ditikam di bahagian dada dalam kejadian pada 4.11 petang.

Mangsa berusia 55 tahun tidak bekerja dan sebelum ini bertugas sebagai bekas akauntan syarikat swasta.

“Anak mangsa melalui panggilan telefon memaklumkan lelaki itu telah ditikam oleh suspek yang merupakan isteri mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Nanda, pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati terdapat dua kesan tikaman di dada kiri dan pinggang kirinya.

Suami maut ditikam isteri

“Mangsa bersama isterinya mempunyai empat orang anak. Ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian,” katanya.

Jelas Nanda, susulan daripada laporan itu pihak polis telah menahan isteri mangsa dan merampas sebilah senjata yang digunakan.

“Proses reman ke atas suspek dan bedah siasat akan dijalankan hari ini,” katanya.

Tambah Nanda, berdasarkan siasatan awal punca kejadian dipercayai bermotifkan masalah kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.