Lelaki lumpuh, bisu pulih selepas terima vaksin Covid-19

Seorang lelaki yang lumpuh dan bisu selama empat tahun di India mendakwa bahawa dirinya  kembali pulih selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 Covieshield, lapor akhbar The Mirror semalam.

Covishield dihasilkan oleh Institut Serum India dan menggunakan formula sama untuk menghasilkan vaksin Oxford-AstraZeneca.

Dularchand Munda, 55, cedera parah pada tulang belakang dalam satu kemalangan kereta pada 2018 yang menyebabkan dia terlantar dan tidak boleh bercakap.

Namun , selepas menerima suntikan vaksin pada 4 Januari lalu, Dularchand memberitahu, dia  dapat menggerakkan semula kakinya dan boleh berjalan perlahan-lahan dengan bantuan  tongkat.

Dalam masa sama, lelaki yang sudah empat tahun tidak boleh bercakap itu mampu bersuara buat kali pertama sejak kemalangan itu.

“Saya sangat gembira kerana terpilih mengambil vaksin ini kerana ia mengembalikan semula kemampuan saya untuk berjalan dan bercakap.

Seorang pakar kesihatan, Dr. Jitendra Kumar berkata, situasi itu adalah satu keajaiban yang mengagumkan, namun menegaskan masih banyak yang perlu dikaji mengenai keberkesanan vaksin ke atas penyakit lain selain virus Covid-19.

“Jika vaksin dikatakan memberi kesan positif ke atas kecederaan yang baru berlaku beberapa hari, ia boleh difahami secara perubatan.

“Namun bagi keadaan yang sudah berlarutan empat tahun seperti Dularchand, kita perlu lakukan kajian lanjut,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published.