“Indah khabar dari rupa”, wanita menangis balik rumah buka plastik dapat sotong besar ‘anak cicak’

“Indah khabar dari rupa”, wanita menangis balik rumah buka plastik dapat sotong besar ‘anak cicak’

“Indah khabar dari rupa”, wanita menangis balik rumah buka plastik dapat sotong besar ‘anak cicak’. Tengok saja sotong goreng celup tepung pasti terliur, terus terbayangkan keenakannya.

Tambah sedap apabila dimakan dengan sos istimewa ketika masih panas.

Namun, hasrat seorang pelanggan yang mahu menikmati sotong goreng tepung terbantut apabila mendapati sesuatu yang tidak dijangka pada menu berkenaan.

"Indah khabar dari rupa", wanita menangis balik rumah buka plastik dapat sotong besar 'anak cicak'

Menerusi satu perkongsian yang tular, seorang individu memuat naik beberapa gambar hidangan itu.

Apa yang mengejutkan apabila saiz sotong yang dicucuk pada sebatang lidi adalah terlalu kecil sebaik bahagian tepung yang digoreng itu dibuka.

Jika diteliti sotong itu hampir menyamai saiz jari kelingking orang dewasa.

“Kepada penjual, tolonglah jangan prank (bergurau) pembeli macam ni. Balik rumah, buka plastik terus menangis,” tulis pelanggan menyuarakan kekecewaannya di Facebook.

@taurus170584 #sotong #sotongceluptepung #tepung #fyp #viral #fypシ #fyi #foryoupage #tiktok #info #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Laughing – Gianluca Marino

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan saiz sotong yang terlalu kecil berbanding tepung.

Malah, ada yang menyamakan sotong kecil itu dengan anak cicak.

Selain itu mereka turut kesal kerana peniaga hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tanpa mengambil kira kualiti makanan yang dijual.

“Ku fikir ulat apa lah tadi. Zoom rapat baru perasan sotong. Halus betul sotongnya.

“Laaa… aku ingat anak cicak tadi. Kepala anak sotong rupanya.

"Indah khabar dari rupa", wanita menangis balik rumah buka plastik dapat sotong besar 'anak cicak'

“Sotongnya halus je. Tepungnya kemain banyak. Sabar je la dengan manusia begini. Orang berniaga, dia pun nak berniaga juga tapi aniaya orang lain.

“Tak baiknya buat macam ni kat pelanggan, orang beli pakai duit,” demikian antara komen netizen.

Selain itu, terdapat netizen yang membandingkan saiz sotong berkenaan dengan gelang yang dipakai pembeli tersebut menerusi foto yang dikongsikan.

“Besar lagi gelang dia,” komen netizen.

Pelanggan itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi gerai dan bila dia membeli sotong goreng celup tepung tersebut

Baca Lagi:
Terima kasih Ismail Sabri
Motor hilang punca rezeki melayang, Nurul Izzah belanja sebuah motorsikal baru
Mak tak setuju aku kahwin dengan Ayu walau berpuluh kali terlanjur, tiba-tiba mak aturkan aku kahwin dengan kakak ayu
CATEGORIES