Imam luar negara dilarang jadi imam solat terawih di Selangor

Imam luar negara dilarang jadi imam solat terawih di Selangor

Imam luar negara dilarang jadi imam solat terawih di Selangor. Jemputan imam dari luar negara bagi pelaksanaan solat terawih dan program Ihya Ramadan di negeri ini dilarang sama sekali tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, semua pentadbir masjid, surau dan musolla perlu memastikan hanya menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Kebenaran itu juga melibatkan imam lantikan oleh masjid, surau atau musolla di negeri ini.
“Jemputan imam luar negara adalah sama sekali tidak dibenarkan kecuali selepas mendapat kebenaran JAIS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Imam luar negara dilarang jadi imam solat terawih di Selangor

Menurut beliau, semua pentadbir masjid, surau dan musolla diingatkan supaya mematuhi ketetapan khas lain yang turut ditetapkan sepanjang Ramadan.

“Pelaksanaan solat Terawih perlu dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah dan ayat-ayat pendek.

“Pelaksanaan tazkirah juga dilaksanakan selepas selesai solat itu oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak lebih 20 minit,” ujarnya.

Tambah Mohd. Zawawi, kerajaan negeri menyambut baik ketetapan khas JAIS mengenai kebenaran pelaksanaan solat fardhu lima waktu, solat Jumaat dan aktiviti pengimarahan dengan kapasiti penuh mengikut syarat ditetapkan.

“Berikutan fasa endemik Covid-19 ketika ini, orang awam dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Pihak pentadbir masjid, surau, musolla dan para jemaah digalakkan memakai pelitup muka dan tidak perlu hadir jika dalam keadaan tidak sihat dan bergejala,” katanya.

Baca Lagi:
Warisan umum tidak bertanding PRN 6 negeri, ini sebabnya
Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh ‘atas muka’
Ini kisah sejarah Kicap Cap Kipas Udang yang korang selalu makan tu
CATEGORIES