Iklankan diri mahu hidup bermadu, dua sahabat baik dikecam netizen

Iklankan diri mahu hidup bermadu, dua sahabat baik dikecam netizen

Iklankan diri mahu hidup bermadu, dua sahabat baik dikecam netizen.

Pertemuan jodoh menerusi media sosial bukanlah satu perkara asing pada zaman ini.Malah, sudah acap kali kita membaca kisah penyatuan dua jiwa yang bermula dari Faceb0ok, Twtter, Tinder, Omi dan sebagainya.

Kali ini, tular di laman Faceb0ok apabila dua wanita ‘mengiklankan’ diri mereka untuk dimadukan.Kedengarah aneh, namun begitulah hasrat yang dinyatakan dua wanita itu sehingga mereka meraih perhatian ramai netizen.

“Assalamualaikum. Salam tahun 2022… kalau boleh nak suami boleh madukan kitaorang sebab kitaorang kawan baik dan tak kisah,” tulis individu tersebut.

Dua rakan baik berusia 31 tahun dan 28 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Salah seorang daripada mereka mengusahakan mengusahakan kedai dobi, manakala seorang lagi bekerja sendiri.

Iklankan diri mahu hidup bermadu, dua sahabat baik dikecam netizen

Dalam posting sama, salah seorang daripada mereka mengakui masih bujang, manakala rakannya itu merupakan ibu tunggal.

“Mencari seseorang yang menerima diri kami ini seadanya. Kalau tak boleh yang nak dua-dua pun tak apa. Kami hanya mencuba kalau ada boleh terima kami,” tulis mereka lagi.

Menerusi posting berkenaan, turut dilampirkan sekeping gambar memaparkan dua wanita itu yang berpakaian serba hitam.

Posting tersebut sehingga kini meraih lebih 1,500 tanda suka dan dihujani lebih 2,800 komen netizen.Semakan mStar di ruangan komen mendapati netizen memberikan pendapat berbeza berhubung iklan yang dibuat dua wanita tersebut.

“Cantik-cantik adik ni tapi satu je, iklan diri untuk dijual dan dibeli macam ikan di pasar. Kasihan ibu bapa malu. Ingat beza kita orang Islam dengan orang kafir ialah iman. Dalam iman ada rasa malu.

“Senang cerita, beli satu percuma satulah. Tutup cerita. Kalau beli dua-dua jadi mahal.

“Tak payah nak buat malu orang Pantai Timur sangatlah. Cukuplah Kak 7E tu seorang je.

“Semoga bertemu jodoh yang dapat membimbing ke jalan kebaikan,” tulis beberapa netizen.

Iklankan diri mahu hidup bermadu, dua sahabat baik dikecam netizen

Malah, segelintir netizen turut meninggalkan komen berhubung pakaian ketat yang digayakan dua wanita itu.

Iklan cari jodoh tersebut dipercayai dihantar dua wanita berkenaan kepada pengendali laman Facebook ‘Viral Sensasi Malaysia’ sebelum ia dimuat naik pada Jumaat.

Selain dua wanita itu, laman Facebook berkenaan turut berkongsi banyak lagi posting cari jodoh yang dihantar oleh individu lain.

Baca Lagi:

Kenapa Bill Gates pilih peranti Android dan bukannya Iphone, ini sebabnya…

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Langgar SOP: Najib soal kenapa Kit Siang tidak disaman? Ini jawapan KJ

CATEGORIES