Ikan sebenarnya dahaga ke tak?, ini jawapannya yang ramai nak tahu

Photo of author

By Joe

Ikan sebenarnya dahaga ke tak?, ini jawapannya yang ramai nak tahu. Banyak perkara sebenarnya berlaku di sekeliling kita setiap hari. Ada yang kita ketahui dan ada juga situasi tertentu yang berjalan tanpa kita sedari atau peduli.

Kejadian-kejadian dalam alam ini sebenarnya sangat menarik untuk diperhatikan dan difikirkan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan jika diteliti, ia akan menambah pengetahuan kita.

Misalnya, pernahkah anda terfikir sama ada ikan yang sentiasa berada di dalam air pernah merasa dahaga? Jika ya, bagaimana pula ikan ini minum air untuk menghilangkan rasa dahaga tersebut?

Ikan sebenarnya dahaga ke tak?, ini jawapannya yang ramai nak tahu

Kali ini, kami ingin berkongsi sedikit fakta menarik untuk menjawab dua persoalan di atas, sekaligus menambah pengetahuan kita tentang alam ini.

Ikan Rasa Dahaga Tak? Macam Mana Ikan Minum Air?

Menurut portal Live Science, seperti makhluk bernyawa lain, ikan juga merasa dahaga dan perlu “minum” air untuk meneruskan hidup.

Namun, cara ikan merasa dahaga dan “minum” air berbeza dengan manusia atau hidupan darat lain. Jumlah air yang diperlukan ikan juga bergantung kepada kepekatan garam dalam air di sekitarnya.
Ahli biologi marin di Universiti Hawaii, Tim Grabowski, berkata bahawa ikan memang minum air, sama ada air tawar atau masin, melalui mulutnya. Namun, ikan sebenarnya lebih banyak menyerap air untuk keperluan badannya melalui insang dan juga kulit. Proses ini dikenali sebagai osmosis.

Melalui proses osmosis, air mengalir menerusi membran daripada kawasan dengan kepekatan larutan yang rendah ke kawasan dengan kepekatan larutan yang tinggi sehingga sel mencapai keseimbangan dengan persekitaran luar.

Menurut Live Science, contoh ini dapat dilihat pada ikan di lautan yang dikelilingi oleh air masin. Air laut mengandungi sekitar tujuh auns garam terlarut setiap gelen (35 gram per liter), manakala kandungan garam dalam darah kebanyakan ikan adalah sekitar 1.2 auns garam per galon (sembilan gram per liter).

Ketidakseimbangan ini menyebabkan ikan sentiasa kehilangan air dari badannya kepada persekitaran luar. Sel-sel dalam tubuh ikan juga boleh terjejas dengan kandungan garam yang masuk.

Jadi, jumlah air yang diminum ikan sangat bergantung kepada jumlah garam dalam habitatnya.

“Jadi, ikan di lautan akan sentiasa merasa dahaga dan perlu minum air,” kata Tim lagi.

Bagi mengatasi masalah ini, ikan mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kandungan air yang diserap dan pada masa yang sama menyingkirkan garam.

Boleh Mendatangkan Kesan Buruk Jika Terlalu Banyak Minum Air

Insang ikan memiliki sel khusus yang dikenali sebagai sel klorida untuk tujuan tersebut. Secara asasnya, sel ini berfungsi seperti pam kecil yang aktif mengeluarkan garam dari badan ikan.

Ikan di lautan juga jarang membuang air kecil untuk mengekalkan kandungan air dalam badan sebanyak mungkin.

Untuk pengetahuan anda, situasi ikan air tawar pula berbeza dengan situasi yang dihadapi oleh ikan di lautan. Ikan air tawar sentiasa berdepan dengan keadaan di mana air diserap masuk ke dalam badannya.

Kurator di Jabatan Ichthyology di Muzium Sejarah Alam Amerika di New York City, Melanie Stiassny, berkata bahawa terlalu banyak air dalam badan boleh membahayakan ikan air tawar.

Ini kerana ia boleh menjejaskan kandungan garam dalam darah ikan air tawar, yang sangat penting untuk mengatur keseimbangan darah serta menyokong fungsi otot.

Berbeza dengan ikan di lautan, ikan air tawar sentiasa berusaha untuk menghalang air daripada menyerap ke dalam tubuhnya.

Salah satu cara ikan air tawar menyingkirkan kandungan air dalam badannya adalah dengan kerap membuang air kecil.

Sama seperti ikan di lautan, ikan air tawar juga mempunyai sel klorida, tetapi fungsinya berbeza. Sel klorida pada ikan air tawar berfungsi untuk menarik kandungan garam dalam air ke dalam tubuh ikan.

Baca Lagi:
“Gaji dia negatif, nak makan pun pinjam duit saya”- Wanita tolak lamaran abang askar
Isteri selalu tayang rumah baru di TikTok, suami maut rumah dirompak dengan orang terdekat
‘Orang yang suka simpan barang lama adalah orang yang ‘terperangkap’ dengan masa lalu’