Ikan emas terbesar di dunia ditemui mati pada usia 20 tahun. Seekor ikan emas terbesar di dunia, yang dipercayai berusia 20 tahun, ditemukan mati terapung di permukaan sebuah tasik di rantau Champagne, Perancis, menurut laporan portal berita MailOnline semalam.
Usia sebenar ikan betina yang digelar ‘The Carrot’ itu tidak diketahui dengan pasti, tetapi ia mati akibat usia tua.
Ikan emas ini terkenal di seluruh dunia kerana warna jingganya yang luar biasa dan beratnya yang mencapai 30 kilogram.
Legenda The Carrot telah menarik ramai pemancing dari seluruh Eropah yang cuba menangkapnya sebelum membebaskannya semula ke dalam tasik.
The Carrot diletakkan di sebelah Tasik Bluewater yang dimiliki oleh warga British, Gary Tardi.
“Kami meletakkan The Carrot di tasik itu kira-kira 20 tahun lalu. Mengetahui ia telah meninggal dunia mematahkan hati kami,” kata seorang jurucakap tasik tersebut.
Walau bagaimanapun, hidupan air tawar itu meninggalkan dua anak ikan di tasik tersebut, dengan salah seekor daripadanya seberat 18.14 kilogram.