Igauan buruk saya gambarkan benar-benar terjadi – Annuar Musa

Igauan buruk saya gambarkan benar-benar terjadi – Annuar Musa

Igauan buruk saya gambarkan benar-benar terjadi – Annuar Musa. Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengakui dukacita terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan keputusan keseluruhan secara rasmi, beliau menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tewas dalam pilihan raya kali ini.

“Akhirnya igauan buruk yang saya gambarkan selama ini dan minta dielakkan benar-benar terjadi. Dukacita teramat sangat.
“Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan. Kami anjurkan muafakat, kami dilabel tidak setia.
“Kami minta jangan berpecah, kami yang menerima padah,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Igauan buruk saya gambarkan benar-benar terjadi – Annuar Musa

Justeru, beliau meminta pucuk pimpinan parti menjelaskan hala tuju selepas PRU15.

“Kini, kemana kita nak dibawa? Mahu menjalin jajaran yang kita tolak? Mahu melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” katanya.

Baca Lagi:

Kalah dengan majoriti 163 undi, Ku Li cabar keputusan SPR setelah kiraan semula dinafikan

PH melepasi angka majoriti mudah 112, akan menghadap Istana Negara – Anwar Ibrahim

Mahathir hilang deposit di Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *