Ibu Zayn Rayyan dibawa balik ke kediaman, dipercayai untuk lakonkan semula kejadian

Photo of author

By Joe

Ibu Zayn Rayyan dibawa balik ke kediaman, dipercayai untuk lakonkan semula kejadian. Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati suspek tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Difahamkan, suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman, bagi melakonkan semula kejadian.

Ibu Zayn Rayyan dibawa balik ke kediaman, dipercayai untuk lakonkan semula kejadian

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Pada Jumaat yang lepas, polis telah menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata bahawa pasangan itu akan direman selama enam hari sehingga 13 Jun ini.

Mahkamah Majistret di sini sebelum ini telah membenarkan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan.

Suami isteri yang berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam pada 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, sekitar jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh penduduk.

Baca Lagi:
Bayi ditinggalkan di masjid dengan sepucuk surat, isinya mengejutkan orang ramai
“Untung orang Terengganu dapat tengok hoverkraf mendarat ‘live’ depan mata”
“Untung kahwin dengan Datuk”- Intan Najwa kongsi rutin harian selepas kahwin