Ibu tunggal kongsi pengalaman kenal dengan lelaki narsistik

Ibu tunggal kongsi pengalaman kenal dengan lelaki narsistik

Ibu tunggal kongsi pengalaman kenal dengan lelaki narsistik. Hai semua. Gambar sekadar hiasan. Nama aku Wawa, tahun ni nak masuk 30 tahun umur aku. Aku merupakan ibu tunggal bersama sepasang anak. Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku dengan manusia narsistik ni.

Isnin lepas baru je setel urusan mahkamah aku iaitu pengesahan lafaz cerai setelah setahun lebih aku bersabar sebab bekas suami taknak bagi kerjasama. Rasa lega, happy dan sebak tu tak tau nak cakap macam mana akhirnya aku betul2 lepas dari seorang manusia yang sangat toksik.

Bekas suami aku ni aku gelarkan sebagai Kimi la ya. Dia tua 2 tahun je dari aku, kami kenal tak lama n decide untuk bernikah. Mungkin aku bodoh bilamana aku ada Nampak red flag, tapi aku cuba nafikan, aku cuba sangka baik dan akhirnya kami menikah.

Tahun pertama kahwin aku baru nampak 10% sisi dia yang lain. So bagi aku mungkin aku kena bersabar, kena terima baik buruk pasangan, kena terima untuk bersama dalam keadaan susah dan senang.

Ibu tunggal kongsi pengalaman kenal dengan lelaki narsistik

Tahun kedua baru lah aku Nampak perangai sebenar dia yang baran, suka memaki hamun, kerja ke berhenti kerja ikut suka hati dia, mengaggap diri dia macam raja, dia sentiasa betul dan macam2 lagi lah.

Walaupun pernikahan kami hanya bertahan selama 4 tahun, tapi klau nak ceritakan semua memang banyak episod aku rasa, haha.

Aku mulakan dengan kejadian pertama paling teruk yang aku akan ingat sampai bila2. Sewaktu anak sulung berumur 9 bulan, dan aku sedang mengandung anak kedua. Masa tu kimi tengah cuti kerja. So dia offer untuk jaga anak semasa aku keluar bekerja.

Baru je aku sampai ofis, aku beritahu untuk sediakan makan anak sama ada rebus kentang atau apa2 je yang sesuai dengan anak. Tak sangka aku benda tu buat dia naik angin. Dia bising katanya aku selamber je pergi kerja dengan tak mandikan anak, tak sedikan makan anak.

Dia cakap dia jaga anak, jaga je, klau nak ikut cakap aku suruh buat itu ini memang tak la. Aku macam eh, apa masalah laki ni kan. Terus aku cakap, Lah klau tau macam tu baik aku bagi ibu aku je yang jaga dah tentu2 anak aku tu terjaga.

Sebab memang ibu aku yang jaga anak aku, tapi sebab hari tu suami aku cuti dan dia yang offer nak jaga anak, jadi aku memang saje la tak mandikan apa semua. Konon aku fikir biar ada bonding la antara anak dan bapak n bagi aku benda tu tak menyusahkan pun untuk dia seorang bapa.

Bila aku cakap je macam tu, terus keluar la perangai Saitan dia. Dia maki aku, Si*l, b*ngs*t n macam2 la. Dia suruh aku balik time tu juga, padahal baru jam 11 pagi masa tu. Aku tegaskan yang aku akan balik waktu lunch nanti, dia tak peduli.

Dia call aku banyak kali, wasap aku cakap macam2 sampai terganggu la waktu kerja aku. Dia cakap dahi anak dah berdarah la, anak main kat dapur la. Kiranya dia macam nak ugut la yang dia tak jaga anak langsung. Padahal semua tu tak terjadi pun.

Dia ganggu aku sampai aku balik juga tak lama lepastu. Sampai2 je rumah dia terbaring senyap tak cakap sepatah pun dgn aku, aku laju2 ambil anak n hantar kan ke rumah ibu aku. Mujur kami menyewa sebelah je dengan rumah family aku.

Sampai di office je, aku cakap macam2 kat dia. Dia Cuma balas “k, bincang kat rumah”. Aku punya perasaan tak tau la nak cakap macam mana. Balik tu pun ada kejadian dimana ibu aku ke rumah makcik aku bawa anak aku, jadi balik kerja tu aku kerumah makcik aku juga.

Sebab aku rasa macam dah taknak hadap suami waktu tu. Tak pernah2 kot kena maki macam tu. Dan yang paling sakit hati, dia buat macam takde apa2.

Dia tanya malam nak makan apa la. Pukul berapa nak balik la. N bila dah lama aku tak balik dia bising2, buat balik perangai dia macam siang tadi.

Dia cakap jangan balik lagi rumah tu, aku cuma reply “ok”. Pastu dia cakap dia dah kunci pintu la apa. Aku malas nak layan, last2 dia suruh hantar anak.

Pastu call2 ganggu aku lagi. Aku geram, aku hantar anak aku n aku blah. Aku tak tau kenapa tapi rasa sakit hati sangat. Tak lama tu dia wasap cakap “jadi pelacur lagi baik, hantar anak lepastu blah je macam tu”.

So itu kira mukadimah la perangai ex laki aku yang buat aku jadi siapa aku sekarang. Daripada lembut kepada keras hati, dari bukan pemarah kepada pemarah, dari tak pernah menengking kepada pandai menengking.

Tapi tu semua dengan suami aku tu je. Sejak kes tu benda kecik sikit pun boleh buat gaduh. Masalahnya gaduh bukan gaduh biasa, gaduh yang teruk sangat. Tapi lepas dia dah memaki aku cakap itu ini, n bila dah sejuk dia buat macam takde apa jadi.

Aku pulak, masa awal2 hadap perangai dia je klau gaduh aku akan nangis sedih fikir kenapa jadi macam ni bla bla. Tapi lama2 aku jadi keras, dia marah, aku marah balik. Dia tengking, aku tengking dia balik.

Dia jerit, aku jerit balik kat dia. Maki je tak, sebab mulut aku tak biasa dengan perkataan2 macam tu. Jadi paling2 pun aku Cuma cakap bod*h, jantan tak guna, pergi mamp*s haha.

So next aku bagitahu perangai dia yang tak reti tanggungjawab. Tahun pertama kawin dia kerja ok la, walaupun masa baru 2 minggu kawin pun dia ada buat hal berenti kerja tapi aku malas nak cerita panjang. Masuk tahun kedua kantoi yang selama ni banyak duit dia habis ke game judi online.

Yes, ada sehari tu beratus dia habis untuk benda haram tu. Patutlah aku pelik selama dia kerja ni, gaji boleh tahan lumayan, sampai 4-5k pun pernah. Tapi aku tak Nampak apa yang dia boleh beri kat aku. Oh ex aku kerja bawa lori kontena btw, lupa nak bagitahu.

Kami ni tak pernah la makan luar ke, pergi jalan2 mall pun tak pernah, apetah lagi nak pergi bercuti ke apa. Barang2 rumah pun tak pernah la dia kisah, ada mesin basuh ke tak, cadar katil bertukar ke tak.

Perabot rumah takde pun dia tak pernah kisah. Rupanya selama ni dia banyak berhabis dekat benda yang sia2. Patutlah gaji sampai 4k pun masih nak meminjam kat aku.

Bermula tahun kedua pernikahan, aku tak terkira berapa banyak company yang dia kerja. Ada masalah sikit berhenti.

Aku sampai dah muak nak nasihat kat dia. Macam2 alasan la dia akan bagi. So waktu macam ni mak dia yang banyak bantu kami. Kadang mak dia bagi duit sewa rumah, duit belanja.

Dengan family aku, aku akan tipu kata lori dia rosak la tak de job la, sedangkan dia tengah menganggur. Ada 1 waktu tu yang dia berubah angin kata nak meniaga pulak. Padahal duit simpanan ke duit untuk hidup pun tak da lagikan nak meniga.

Bila aku pertikaikan dia cakap aku tak percaya dengan rezeki Allah, sedangkan aku tak percaya dengan dia. So siapa lagi bank bergerak dia, mak dia modalkan lah dia entah berapa ribu. Aku pun ada la tolong sikit2 sebab konon bagi peluang.

Tapi lepastu dah nampak perangai dia bagi macam2 alasan untuk meniga. Bila aku gerak sebelum pergi kerja, nanti dia bagi alasan hari nak hujan la, sakit pinggang la kepala la badan la. Macam2 la lagi alasan dia.

Lepas berapa bulan aku rasa seksa sangat sebab aku yang kena tanggung semuanya, aku suruh dia cari kerja balik.

Tahun 2019 sebelum covid datang. Awal tahun kami ada gaduh teruk, sampai mak ayah aku dah tau perangai sebenar dia. Bila gaduh dia akan gunakan anak tau.

Contoh klau gaduh n aku taknak balik rumah, dia akan minta anak n tak bagi aku jumpa anak2, dia pandai main mental aku. macam tu la kot cara dia nak “pujuk” aku untuk berbaik dengan dia.

Dipendekkan cerita masa nak berbaik tu tiba2 dia berduit tau. Dia nak bayar duit repair tv kat ayah aku yang dah lama tertangguh n dia nak beli motor! Tapi aku dapat agak la yang duit tu dari mak dia, Cuma terfikir apa la tektik dia eh.

Rupanya 1 hari tu aku ternampak wasap dia dengan mak dia, dia macam cakap la masalah dia ialah takde kenderaan. So mak dia pun turutkan bagi dia duit beli moto n buat kami survive sikit sebab dia waktu tu pun still kerja bertukar2.

Feb 2020 aku berhenti kerja, Mac 2020 pula pkp. Aku taknak cerita kenapa aku berhenti sebab panjang ceritanya. So waktu tu dia baru beberapa minggu kerja bawa lori untuk site. Jadi waktu pkp dia tak boleh bekerja, tapi dia takde usaha untuk cari pendapatan lain untuk kami.

Tapi ayat dia bila fikir pasal ruamh sewa macam ni tau “nanti kalau tuan rumah tanya pasal duit sewa jawab la: dah tak boleh kerja macam mana nak bayar, bukan takna kerja, tapi tak boleh kerja”.

Pandai kan dia mengelak. Aku pula tak boleh klau tengok duit takde, anak2 perlukan macam2. Jadi aku daftar lalamove, aku daftar foodpanda. Aku jadi rider.

Pernah sekali aku tengah buat lalamove ni, tengah menunggang motor. Dia call aku banyak kali aku tak jawab sebab atas moto kan, aku nak tengok waze lagi.

Banyak kali aku tak jawab terus dia panggil aku pelacur, dia tuduh aku berzina la macam2 lagi la. Alasan dia anak yang nak video call aku. Aku tak ingat sangat waktu ni mgkin sebelum tu kami tengah bergaduh kot tu yang dia cari pasal.

Kemuncaknya bila lepas dia panggil aku pelacur tu, aku tak balik rumah. Anak sulung aku ada dengan dia, yang kecik ada kat rumah ibu aku.

So lepas aku habis cari rezeki tu, aku balik rumah ibu aku buat tak tau. Dia punya perangai macam biasa la, ugut macam2 untuk kita dengar cakap dia. Awal2 dia ugut cakap klau pukul 8 tak balik, dia tinggalkan anak sorang dalam rumah dan dia keluar.

Lepastu aku tengok tak keluar pun, lepastu dia ugut pulak klau pukul 9 tak balik dia akan bawa anak lari dan aku takkan dapat jumpa anak lagi.

So aku malas nak layan sebab tangah sakit hati sangat kite keluar berpanas berhujan cari rezeki yang dia tak dapat nak provide, lepastu nak tuduh cakap kita pelacur pulak.

Dipendekkan cerita lepastu betul dia bawa anak sulung aku lari. dalam nak dekat sebulan juga la aku tak dapat jumpa anak sulung n hadap macam2 drama dari dia.

Waktu tu aku dah failkan cerai, tapi lepastu kami cuba berbaik sebab masa tu dia konon minta maaf la menyesal semua tu la.

Tak lama tu aku ikut dia berniaga. Aku dari klang ke subang tolong dia meniaga. Lepastu dia ajak aku pindah ke tempat lain, dia macam taknak la aku duduk dengan family lagi, mgkin dia dah malu dengan family aku.

So aku turutkan, tp masa pindah pun memang aku dapat rasa yang aku takkan lama dekat situ. Jadi masa pindah memang aku tak bawa banyak barang pun. And still, mak dia yang bagi modal untuk deposit rumah sewa, modal niaga dan macam2 lagi.

Klau ikutkan sebelum ni banyak je lagi kejadian gila yang aku hadap dengan dia. Pernah aku lompat keluar dari kereta di Penang waktu aku bercuti dengan keluarga aku sebab perangai psiko dia tu, aku terjun keluar siap pegang anak2 masa raya pertama pun pernah.

Bergelut untuk ambil anak pernah. Kena pukul pun pernah Cuma tak selalu n tak berapa teruk. Dia punya ayat selamat “aku pukul sebab kau kurang ajar”.

Sepanjang duduk menyewa yang dah jauh dari family ni pun macam2 yang aku hadap. Dia still dengan perangai dia, dan aku pun ikut rentak dia.

Setiap kali gaduh dia akan ambil anak2 macam biasa, memang aku dah lali sangat dia ambil anak2 untuk sakitkan hati aku dan kepuasan hati dia.

Paling teruk gaduh dia pernah pecahkan cermin kereta belakang aku, pernah rampas kunci kereta aku, hempas henfon, dia hantar anak ke rumah mak dia tanpa pengetahuan aku.

Tahun 2021 paling aku rasa dah tak tahan n Alhamdulillah dia lafazkan taklik. Dan tahun 2023 ni baru setel kes mahkamah.

Alhamdulillah Allah maha baik, untuk situasi sekarang ni, aku dah 2 tahun lebih bekerja dengan abang aku. Pertengahan tahun 2022 kimi elok bekerja, dan bagi nafkah untuk anak.

Hubungan kami pun baik, klau dia nak keluar, aku akan ambil dia dan keluar sama2 dengan anak. Tapi bulan 10 tahun lepas dia berhenti kerja, dan balik kampung.

Bulan 11 dia bagi alasan mengundi, jadi dia nak stay kampung. Bila dah habis mengundi, aku tanya dia bila nak kerja?

Dia tanya kenapa? And konon cakap dia ada je kerja di kampung. Aku pun cakap la takkan la nak kena ingatkan pasal nafkah anak. Dan dia jawapan dia memang dah kuduga, dia cakap aku rasa terbeban jaga anak la, lepasni biar dia je jaga anak jadi tak perlu risau pasal nafkah.

And suruh aku kemas pakaian anak2, esok dia nak amik anak. Aku ni malas nak gaduh, dan klau boleh taknak libatkan anak2. Jadi aku say sory n aku mengalah.

Dan sekarang dah January dia still lagi tak bekerja. Ya maybe dkt kampung tu dia ada lah tolong2 mak ayah dia buat apa2 kerja, tapi itu setakat untuk dia sorang makan boleh la. untuk anak2 dia tak fikir pun.

Aku ni dari bulan 12 haritu buat part time foodpanda sebab nak tambah extra income sebab kalau harap duit gaji memang cukup2 makan je, itu pun kena catu. Bukan lah tak bersyukur tapi aku klau boleh hujung minggu nak bawa anak2 jalan ke, makan sedap sesekali kan.

Jadi sekarang ni, lepas setel mahkamah pada isnin lepas, dia ambil anak2 bawa balik kampung. Aku ingat saje je sebab dah lama dia tak jumpa anak so bagi jela takde masalah.

Tapi rupanya mak dia cerita lain. Dia minta dengan mak ayah dia untuk buat projek lembu, kiranya mak ayah dia modalkan lembu untuk dia jaga, dia kerja dengan mak ayah dia la lepasni. yang aku sakit hati tu, dia sebenarnya ambil anak untuk perguna kan anak tu.

Sebab mak nya cakap yang dia ugut mak dia untuk mak dia percepatkan projek lembu. Licik kan taktik dia? Dia cakap nak jaga anak, bila mak dia tanya sampai bila, dia jawab sampai projek lembu ada. Aku macam tak tau lah nak cakap apa dengan anak beranak tu.

yang mak tu pun ikutkan je kehendak anak dia. Bila aku cakap tak payah layan, dia kata memang dia nak buat tu. Klau kimi tak buat betul2 mak bagi pada abanglong. So aku pun malas la nak masuk campur hal diorang tapi dia melibatkan anak2 aku tu yang aku geram.

Aku ni, entah berapa kali doa kimi tu cepat mati sebab dia banyak sangat menyusahkan orang. Bukan lah aku ni tak tegas untuk tak bagi anak ke, tapi aku jenis malas nak ada pertikaian dengan dia. Buat sakit hati je.

Sebelum ni banyak kali, dia ugut untuk ambil harta aku, cth ambil kunci kereta, kunci moto, henfon. Aku buat tak tau je, aku cakap ko nak amik, ko amik la. Tapi bila tang anak2 ni aku tak mampu nak diam je.

Tapi aku malas nak gaduh, kalau boleh bercakap dengan dia pun taknak sebab nanti dia akan tanya pusing n pertikaikan kita yang bukan2.

Dulu masa kes yang dia panggil aku pelacur n dia bawa lari anak tu, dia jaja kat orang kata aku ni mata duitan la, aku tak boleh pisah dengan keluarga aku la, aku jenis pmpuan yang ingin kemewahan la menda.

Nanti kalau aku minta anak, dia akan tanya, buat apa nak anak, kan awak yang buang anak. Padahal dia yang minta nak anak, bila aku bagi cakap macam tu.

Tu yang aku cakap kalau boleh tak nak cakap pun dengan dia. Sedangkan adik beradik dia pun dah malas nak berkomunikasi dengan dia.

Lepasni aku nak failkan hak jagaan anak dan hak nafkah anak. Doakan urusan aku dan anak2 aku dipermudahkan ya semua.

Terima kasih banyak sudi baca luahan hati aku yang panjang berjela ni. Semoga Allah merahmati kalian semua.

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
‘Sempat buat kopi untuk saya’ – Bibik Ayu Puteh curi RM12,000 semasa tengah solat
Pertubuhan haram: Pegawai dan anggota polis ditahan
Permohonan Bantuan Barangan Dapur RM300 setiap bulan untuk B40, ini cara mohon
CATEGORIES