Ibu dari keluarga berbangsa Melayu terkejut anaknya pandai baca & menulis bahasa Tamil, rupanya ini dia buat secara senyap-senyap

Photo of author

By Joe

Ibu dari keluarga berbangsa Melayu terkejut anaknya pandai baca & menulis bahasa Tamil, rupanya ini dia buat secara senyap-senyap. Seorang ibu dari keluarga berbangsa Melayu terkejut apabila anaknya mampu menulis dan membaca bahasa Tamil walaupun sekadar belajar melalui inisiatif sendiri tanpa bimbingan profesional.

Dalam satu hantaran di media sosial, wanita itu berkata, anaknya mempelajari bahasa tersebut melalui video dan permainan dalam talian selepas dia buntu mencari guru yang boleh mengajar anaknya.

“Anak saya memang sukakan bahasa, tak kisah apa bahasa pun. Bulan lepas dia merayu nak belajar bahasa Tamil, tetapi kami tak boleh nak bagi dia belajar sebab kami tak jumpa guru yang boleh ajar dia.
“Dia nak sangat belajar bahasa Tamil, padahal bahasa Mandarin pun tak ‘power’ lagi. Masalahnya bahasa Melayu dan Inggeris pun tak fasih lagi. Jadi saya sekadar bagi dia tengok video-video yang ada di internet dan permainan belajar bahasa,” ujarnya.

Ibu dari keluarga berbangsa Melayu terkejut anaknya pandai baca & menulis bahasa Tamil, rupanya ini dia buat secara senyap-senyap

Tambahnya, dia hanya mengetahui anaknya itu sudah mahir bahasa Tamil apabila kanak-kanak tersebut mula menulis dan membaca beberapa perkataan dengan lancar.

“Dia tiba-tiba tunjuk dekat saya dia menulis bahasa Tamil, siap boleh membaca ya. Dia hanya ambil masa dua minggu untuk belajar bahasa baru ini,” katanya.

Kebolehan dan minat anak kecil itu dalam bidang bahasa mendapat pujian orang ramai di media sosial serta ada juga yang memuji ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dilihat sentiasa menyokong anak mereka.

“Anak awak sangat istimewa, sudah tentu dia boleh pergi jauh,” kata Guna.

“Tetap sokong dia kak, benda ini bagus untuk masa depan dia. Nanti senang nak bergaul dengan semiua masyarakat,” tulis Hafiz.

Baca Lagi:
“Dah 30 tahun dalam dunia politik, sekarang baru dapat masa healing” – Hishammuddin
Negeri terkaya dalam Malaysia yang ramai salah sangka selama ni
Lain macam sarapan dalam kereta, habis bergoyang