Ibu bapa terkejut, ingatkan dapat anak kembar, rupanya anak kepala dua

bayi dua kepala e1648809374436

Ibu bapa terkejut, ingatkan dapat anak kembar, rupanya anak kepala dua

Sepasang suami isteri tidak menyangka menerima kejutan apabila bayi mereka dilahirkan dengan dua kepala.

Pasangan tersebut, Shaheen dan Sohail Khan pada mulanya diberitahu bahawa mereka bakal menimang sepasang kembar sewaktu kehamilan.

bayi dua kepala e1648809374436

Bagaimanapun, bayi yang disangka kembar rupa-rupanya mempunyai dua kepala dan tiga lengan.

Kelahiran yang mengejutkan itu berlaku di sebuah hospital di Ratlam, Madhya Pradesh, India.

Bayi yang diberi nama Indore itu dilaporkan masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan keadaannya kritikal.

Menurut seorang doktor di hospital berkenaan, beberapa hari akan datang adalah tempoh genting untuk mengetahui sama ada bayi tersebut memerlukan pembedahan atau sebaliknya.

Baca Lagi:

Gadis nekad terjun kereta selepas dicabul dan samun oleh pemandu e-hailing

Ganjaran RM12,000 sesiapa temui Acap sebelum raya – Abang

[VIDEO] Sakit hati isteri minta cerai, lelaki bawa lori angkut semua hadiah perabot rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *