Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional

Photo of author

By Joe

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional. Pada 5 Mac yang lalu, beberapa orang pemimpin Melayu Islam dari Perikatan Nasional (PN) telah dilihat menghadiri suatu majlis makan malam di mana tarian separuh bogel telah dipersembahkan kepada para hadirin.

Antara watak utama yang dilihat dalam majlis makan malam tersebut adalah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pada ketika itu, Muhyiddin merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara manakala Hamzah merupakan Menteri Dalam Negeri.

Namun, yang lebih menarik perhatian adalah kehadiran seorang taikun berbangsa Cina, Datuk Seri Tan Choon Hwa dalam majlis tersebut.

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Tan Choon Hwa (kiri) dan Muhyiddin (tengah)

Tan merupakan rakan perniagaan kepada seorang ketua sindiket jenayah transnasional yang berasal dari Macau, iaitu Wan Kuok Koi.

Pada bulan Ogos tahun 2020, para pelabur domestik dan antarabangsa telah dikejutkan oleh lantikan warganegara Macau, Wan Kuok Koi sebagai Pengerusi baharu syarikat Inix Technologies Holdings Bhd.

Menurut pemfailan yang dibuat ke Bursa Malaysia, selain lantikan Wan Kuok Koi sebagai Pengerusi yang baharu, Tan Choon Hwa dan Lee Han Keat turut disenaraikan sebagai pengarah-pengarah baharu dan lantikan nomini atau proksi kepada Wan Kuok Koi dalam syarikat Inix Technologies.

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Tan Choon Hwa (kiri), Wan Kuok Koi (tengah) dan Lee Han Keat (kanan)

Ekoran lantikan kontrovers tersebut, Wan Kuok Koi telah meletak jawatan pada bulan Disember 2020 dan digantikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Wan Kuok Koi yang dikenali sebagai “Broken Tooth Koi” oleh masyarakat kongsi gelap merupakan bekas “Kepala Naga” atau ketua kepada kumpulan 14K Macau.

14K yang berpengkalan di Hong Kong merupakan antara kumpulan kongsi gelap yang terbesar di dunia yang mempunyai keahlian dan bergiat aktif di China, Hong Kong, Macau, Kemboja, Afrika Selatan, United Kingdom, Belanda, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan juga Malaysia.

Pada tahun 1999, Wan Kuok Koi telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun kerana kesalahan jenayah ah long, perjudian dan aktiviti-aktiviti kongsi gelap.

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Penahanan Wan Kuok Koi pada tahun 1999
Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Wan Kuok Koi dibawa ke mahkamah pada tahun 1999
Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Pihak polis Macau mengawal keadaan semasa perbicaraan Wan Kuok Koi

Selepas pembebasan pada bulan Disember tahun 2012, Wan Kuok Koi telah kembali kepada dunia kasino dan aktiviti-aktiviti perjudian.

Pada bulan Oktober tahun 2017, Wan Kuok Koi telah mengumum penceburan dalam bidang bitcoin atau kriptowang dan berjaya menarik pelaburan mencecah RM3.3 bilion melalui tawaran syiling awal (ICO) “Dragon Coin”.

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Wan Kuok Koi di sebuah majlis “Dragon Coin” di Kemboja pada tahun 2017

Di peringkat Malaysia, proksi-proksi dan rakan-rakan lain yang dikenal pasti terlibat dengan aktiviti-aktiviti Wan Kuok Koi adalah Datuk Seri Tan Choon Hwa (Pengarah Inix Technologies), Lee Han Keat (Pengarah Inix Technologies) dan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee (Pengerusi Winner Dynasty dan Ketua “Geng Nicky”).

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Wan Kuok Koi (kanan) melawat pejabat Nicky Liow (kanan) di Puchong pada Oktober 2019
Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Wan Kuok Koi (kiri) melantik Nicky Liow (kanan) sebagai Naib Presiden “Hongmen”

Nicky Liow Soon Hee bersama kumpulan “Geng Nicky” telah menjadi perbualan masyarakat umum sejak bulan Mac tahun 2021, apabila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan bahawa 68 ahli “Geng Nicky” telah ditahan atas kesalahan berkaitan aktiviti-aktiviti kongsi gelap seperti Macau scam, perjudian haram, pengubahan wang haram dan sebagainya.

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Sidang media Hamid Bador dan Ayob Khan berkenaan operasi terhadap “Geng Nicky”

Dalam operasi serbuan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mac 2021, aset-aset bernilai lebih RM1 bilion telah dirampas dan dibekukan.

Susulan itu, beberapa pendakwaan telah dibuat. Namun, watak utama, iaitu Nicky telah menghilangkan diri.

Pada bulan April 2022, selepas setahun menghilangkan diri, Nicky telah menyerah diri kepada pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah.

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional

Pada bulan Julai tahun 2022, Lee Han Keat, iaitu rakan kongsi kepada Wan Kuok Koi dalam Inix Technologies yang turut ditahankan dalam serbuan ke atas “Geng Nicky” telah dibebaskan.

Untuk rekod, rakan perniagaan Wan Kuok Koi, iaitu Tan Choon Hwa turut terlibat dalam bidang infrastruktur 5G melalui SMTrack Bhd dan Jiankun International Bhd.

SMTrack dan Jiankun, merupakan syarikat di mana Tan Choon Hwa merupakan Pengarah Eksekutif.

Kedua-dua syarikat berkenaan telah terkait dengan projek membina infrastruktur dan rangkaian 5G yang mencecah berbilion-bilion ringgit pada penghujung tahun 2021.

Walau bagaimanapun, projek tersebut kemudiannya dimenangi oleh syarikat lain.

Gambar Rajah Lengaruh Wan Kuok Koi di Malaysia

Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Hubungan Wan Kuok Koi (warganegara Macau) bersama rakan-rakan perniagaan Tan Choon Hwa, Nicky Liow dan Lee Han Keat di Malaysia
Baca Lagi:
Peniaga buah potong raba payudara sepupu isteri
Tular gambar Tok Mat jumpa pemimpin kanan PN cetus tanda tanya
Ramai yang belum tahu 49 rahsia kekayaan Syed Mokthar Al-Bukhary sehingga boleh jadi Billionaire Melayu pertama