Hotel Melaka banyak berhantu, paling kerap berlaku musim cuti, ramai pengunjung minta wang dikembalikan

Hotel Melaka banyak berhantu, paling kerap berlaku musim cuti, ramai pengunjung minta wang dikembalikan

Hotel Melaka banyak berhantu, paling kerap berlaku musim cuti, ramai pengunjung minta wang dikembalikan. Gangguan mistik menjadi alasan utama sesetengah pengunjung hotel bertindak meminta agar wang mereka dipulangkan setelah tempahan dibuat.

Perkara itu kini menjadi perhatian Persatuan Hotel Melaka (MAH).

Ahli Jawatankuasa Eksekutif MAH Melaka, Sazali Sabri berkata sesetengah hotel perlu berhadapan dengan situasi sebegitu apabila pengunjung meminta pulangan wang kerana mendakwa melalui pengalaman berunsur mistik.

Hotel Melaka banyak berhantu, paling kerap berlaku musim cuti, ramai pengunjung minta wang dikembalikan

“Walaupun begitu, tidak ada bukti kukuh yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan tersebut.

“Sesetengah daripada penginap berbuat sedemikian apabila mereka berjaya mendapatkan hotel yang lebih dekat dengan tempat tumpuan pelancong di pusat bandar,” katanya pada Sabtu.

Menurut Sazali, kes seperti ini biasanya dilaporkan ketika musim percutian serta membabitkan hotel yang terletak berjauhan dari pusat bandar.

Sazali berkata demikian bagi mengulas kes di mana penginap meluahkan kekecewaan kerana mereka tidak mendapat pulangan wang daripada pihak hotel setelah memberikan aduan mengenai gangguan mistik.

Namun katanya pulangan wang kepada penginap dalam situasi sebegini biasanya bergantung kepada budi bicara pihak hotel.

“Pulangan wang biasanya akan diberikan jika penginap membuat aduan mengenai isu teknikal seperti penghawa dingin rosak atau kebersihan bilik yang kurang memuaskan,” kata Sazali.

Sazali menekankan penginap perlu memahami kesukaran yang dihadapi pihak hotel jika tempahan bilik yang dibuat adalah lebih dari sehari.

Baca Lagi:
Fesyen baju Nabila Razali pakai di AJL37 macam pakaian renang
Rupanya banyak duit rakyat Malaysia tak dituntut, ini cara dapatkan semula duit tak dituntut
Siapa tak kenal hartawan Malaysia ini, sanggup habis berpuluh ribu semata-mata bina banglo untuk kucing
CATEGORIES