Honda tutup kilang utama di Jepun

Honda tutup kilang utama di Jepun

Honda tutup kilang utama di Jepun. Honda Motor dilaporkan telah pun menghentikan kesemua operasi pemasangan kenderaan di kilang Sayama, Wilayah Saitama pada penghujung tahun lalu.

Menurut berita dari Nikkei, satu acara penutupan ringkas telah pun berlangsung di fasiliti tersebut pada 27 Disember yang lalu sebagai menandakan pengakhiran operasi pemasangan di kilang tersebut.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada perancangan pemotongan bajet yang radikal diumumkan pada tahun lalu, termasuklah mengadaptasi sistem pembangunan kenderaan baharu serta menarik diri daripada program perlumbaan F1.

Dalam pada itu, kilang yang pernah memasang Civic, Accord, Step WGN dan Odyssey itu akan terus beroperasi namun ia dikhususkan untuk menghasilkan alat ganti sahaja sebelum ditutup sepenuhnya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.

Setelah itu, operasi kilang ini akan dipindahkan di fasiliti Yorii yang turut terletak di Saitama dalam usaha untuk mengurangkan kos tetap dan meningkatkan kadar operasi semasa.

Honda tutup kilang utama di Jepun

Fasiliti Sayama sebelum ini mampu menghasilkan kira-kira 250,000 unit kenderaan setiap tahun, dan menyumbang kepada kapasiti produksi domestik sehingga 1 juta unit kenderaan yang dihasilkan di Sayama, Yorii dan juga Suzuka.

Dengan penutupan fasiliti Sayama ini, jumlah kapasiti produksi Honda menurun kepada 800,000 unit setahun yang disumbangkan oleh kilang Yorii, Suzuka serta Honda Auto Body yang terletak di Wilayah Mie.

Jika dibandingkan dengan rakan senegara, Toyota Motor tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengurangkan kapasiti produksi di Jepun (lebih 3 juta unit setahun), diikuti Nissan Motor (1.34 juta unit).

Salah satu faktor disebalik pembuatan berskala kecil Honda di Jepun adalah pasaran Jepun yang membentuk peratusan kecil daripada jumlah jualan global jika dibandingkan dengan pesaingnya.

Honda tutup kilang utama di Jepun
Odysseyt

Untuk tahun fiskal 2018, Honda menjual sebanyak 740,000 unit kenderaan di Jepun, atau 14 peratus daripada jumlah jualan global. Toyota pula mampu menjual sehingga 2.29 juta unit kenderaan, atau 22 peratus daripada jumlah jualan global.

Di negara lain seperti Amerika Syarikat, Honda berjaya menjual 1.61 juta unit kenderaan (30 peratus) dan 1.46 juta unit kenderaan di China (28 peratus).

Disebabkan peratusan besar hasil penjualan di peringkat global, Honda mempunyai sistem pengeluaran yang lebih bersifat global, dan kereta yang dijual di Jepun tidak semestinya dibina di dalam negara, seperti contoh Honda Accord yang merupakan unit CBU dari Thailand.

Kepentingan pasaran Amerika Syarikat dan China kepada jumlah jualan global Honda menyebabkan pengeluar itu berhasrat untuk menghentikan produksi kereta dengan enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2040.

Honda tutup kilang utama di Jepun
Honda e

Dengan penutupan fasiliti di Sayama, fasiliti pemasangan Yorii akan bertindak sebagai ‘kilang utama’ Honda dan ia kini sedang digunakan untuk memasang EV pertama Honda e.

Baca Juga : Pelitup hidung Kosk akan diperkenal khas pakai ketika makan

Jutawan muda ini mahu langsaikan hutang negara buat orang ramai terkejut

Kerana RM1.00 saya sayang isteri saya…

George Soros beri amaran, China bakal hadapi krisis ekonomi paling dasyat

Leave a Reply

Your email address will not be published.