“Hobi kami mahal, otak kami murah”- Geng basikal T20 selamba minta pemandu potong ‘double line’ supaya tak ganggu mereka

Photo of author

By Joe

“Hobi kami mahal, otak kami murah”- Geng basikal T20 selamba minta pemandu potong ‘double line’ supaya tak ganggu mereka. Tindakan sekumpulan lelaki berbasikal yang ‘mengganggu’ aliran trafik di Kuala Langat, Selangor baru-baru ini mencetuskan kemarahan warganet.

Dalam satu video tular di laman media sejak Rabu, memaparkan perbuatan individu terbabit yang didakwa mementingkan diri sehingga menyebabkan trafik bertukar perlahan akibat aktiviti berbasikal yang dijalankan.

Situasi lebih meruncing apabila salah seorang daripadanya meminta kereta di belakang untuk memotong di laluan garisan berkembar yang jelas merupakan kesalahan jalan raya.

"Hobi kami mahal, otak kami murah"- Geng basikal T20 selamba minta pemandu potong 'double line' supaya tak ganggu mereka

Rakaman berdurasi seminit 36 saat itu dikongsikan di laman media dan meraih lebih 100,000 jumlan tontonan setakat ini.

Rata-ratanya menggesa agar individu terbabit dikesan polis dan dijatuhkan hukuman kerana melanggar undang-undang jalan raya.

“Dah tahu buat salah lagi berani nak suruh kereta memotong di garisan berkembar, dia ingat lebuh raya itu jalan dia yang punya ke,” kata Irfan Hamadi.
“Sepatutnya kerajaan haramkan terus sukan berbasikal ini di jalan raya, nak main pergi masuk trek jangan menyusahkan pemandu,” ujar Anisa Syahreen.
“Jalan selekoh berbahaya macam itu dia boleh suruh kereta lain memotong, makin berleluasa geng basikal ini, dia lupa agaknya polis boleh jejak mereka guna video tular ini,” tambah Yasmeen20_.

Untuk rekod, menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas jalan raya merupakan satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Individu yang disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dan boleh juga didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung isu tersebut setakat ini dan orang ramai dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi keselamatan jalan raya.

Baca Lagi:
PRK: Menteri Besar Terengganu dipilih calon PN di Kemaman
Lelaki buat rakaman di kampung bunian di Taiping, tak sangka ramai netizen yang boleh nampak ‘makhluk serba putih’
Prof Agus hantar surat letak jawatan Ketua Pengarah J-KOM, Adakah Lokman Adam bakal pengganti?